Wednesday, February 06, 2013

Lelaki Mati Selepas Memakan 28 Biji Telur Mentah


Seorang lelaki mati selepas berjaya makan sebanyak 28 biji telur ayam mentah dalam satu pertaruhan membabitkan wang tunai. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki yang mati kerana makan telur ayam mentah dalam kuantiti yang banyak.


Lelaki malang dari Tunisia berusia 20 tahun itu dikatakan telah bertaruh dengan seorang rakannya untuk menghabiskan 30 biji telur mentah. Bagaimanapun belum sempat dia menghabiskan 2 biji lagi baki telur ayam tersebut, dia tumbang di tempat kejadian.

Dhaou Fatnassi, 20, bertaruh sejumlah wang yang tidak didedahkan dengan rakannya. Dia bersetuju dengan pertaruhan tersebut sebelum berjaya makan telur ayam yang ke 28, yang menyebabkan dia mengalami sakit perut yang teruk.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal sejurus tiba di hospital tersebut lapor sebuah stesen radio tempatan Shems FM.

Walaupun telur yang dimasak dengan betul adalah sumber protein yang besar untuk sebahagian daripada diet yang sihat, telur mentah pula boleh menyebabkan keracunan makanan kerana dikatakan mungkin mengandungi bakteria salmonella.

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon