Tuesday, February 19, 2013

Lagi Kes Rasuah Seks Di Singapura


Bekas ketua pertahanan awam republik ini semalam menghadapi perbicaraan kerana dituduh menuntut khidmat seks daripada seorang ahli perniagaan wanita.


Dalam kes kedua yang seumpamanya, Peter Lim, 52, didakwa meminta khidmat itu pada 2010 daripada Pang Chor Mui, pengurus besar Nimrod Engineering sebagai balasan kepada kontrak membekal peralatan untuk kegunaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Perbicaraan itu diadakan tiga hari selepas bekas ketua polis narkotik, Ng Boon Gay dibebaskan daripada tuduhan rasuah apabila hakim menolak dakwaan bahawa dia menuntut khidmat seks daripada seorang kontraktor bagi membantu wanita itu mendapatkan tender kerajaan. Kes rasuah peringkat tinggi jarang berlaku di Singapura yang terkenal kerana keberkesanannya serta birokrasi yang mendapat gaji yang tinggi.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon