Sunday, February 24, 2013

Kucing Pelik Mempunyai Bulu Kening


Info Pelik. Seekor kucing menjadi popular selepas menarik perhatian para pengguna internet di seluruh dunia. Ini kerana kucing comel bernama Sam ini memiliki 'kening' di atas matanya. Bentuk lucu kening hitam dibahagian mukanya yang putih itu membuat Sam jadi selebriti di dunia maya.


Sebuah akaun instagram milik tuannya itu, menyiarkan wajah kucing comel tersebut dengan bulu di atas matanya bewarna hitam sehingga kelihatan seperti kening.

Wajah kucing yang comel tersebut menyababkan dia menjadi sangat popular hingga ramai yang mengakui menyukai wajah Sam yang kelihatan seperti sedih dan seperti kelihatan terpinga-pinga gara-gara 'kening' yang dimilikinya itu.

Kucing jantan ini dilaporkan tinggal di New York bersama tuannya dan telah memiliki 11 ribu follower di Instagram kerana wajahnya yang kelihatan lucu itu.

Setiap foto yang dimuatnaik ke instagram telah pun berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya seribu Like bagi setiap gambar kucing comel tersebut. Hingga kini sudah ada 48 gambar foto yang di 'upload' ke internet dan mendapat pelbagai pujian dari seluruh dunia.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon