Saturday, February 16, 2013

Kesha Minum Air Kencing Untuk Lebih Sihat!


Adakah anda sanggup untuk meminum air kencing anda sendiri? Mendengarnya saja sudah cukup buat anda geli.


Tetapi bagi penyanyi terkenal Hollywood, Kesha membuat pendedahan melalui sebuah rancangan dokumentari MTV bahawa dia meminum air kencingnya sendiri.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Die Young itu mendedahkan dia berbuat demikian selepas seorang rakannya memberitahu meminum air kencing sendiri adalah baik untuk metabolisme dirinya.

Adik lelakinya yang merupakan seorang pengarah filem merakam aktiviti jijiknya itu untuk filem yang berjudul Ke$ha: My Crazy Beautiful Life.

Hmmm, walalu bagaimanapun masih tidak terdapat kajian saintifik yang air kencing boleh meningkatkan kadar metabolisme kita.

BACA INI JUGA: Makruh Kencing Berdiri Dan Sains Membuktikan Kebenarannya!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon