Saturday, February 23, 2013

Julia Ziegler Sangkal Sudah Berdamai Dengan Sharifah Sakinah


Laporan Harian Metro semalam menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika ditawarkan oleh mana mana pihak.


Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini dikhabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya dan tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.

Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang didakwa.

Menerusi akaun Twitter beliau, Julia Ziegler menulis,”Sejak bila jernih? Kau buat dosa dgn aku, minta maaf dulu baru boleh jernih” dan menujukan tulisan itu kepada Sharifah Sakinah.


Sharifah Sakinah tidak mengambil masa lama untuk menulis kenyataan balas dengan menyatakan yang beliau malas untuk terus bergaduh dan menyerahkan kepada umum untuk menilai.

Apa cerita?

–Rotikaya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon