Friday, February 22, 2013

Isteri Alec Baldwin Disaman Kerana Yoga


Isteri kepada pelakon Alec Baldwin bakal berdepan dengan tuntutan saman daripada seorang lelaki yang menyertai kelas yoganya.

Alec dan isterinya, Hilaria Thomas.

Hilaria Thomas yang kini sedang mengandung dikatakan telah menyebabkan kecederaan kepada lelaki tersebut semasa latihan berlangsung.

Lelaki tersebut, Spencer Wolff mendakwa telah mengalami kecederaan teruk dan gangguan emosi pada sesi kelas, Januari lalu di Pusat Yoga Vida milik wanita itu.

Wolff dalam laporan tuntutannya memberitahu bilangan ahli yang terlalu ramai dalam kelas dan kecuaian Hilaria telah menyebabkan kecederaan berkenaan.

Hilaria yang telah mengendalikan kelas yoga sejak tahun 2005 bakal melahirkan anak dalam masa beberapa bulan lagi.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon