Saturday, February 09, 2013

Ibu Restui Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac


Ibu kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa berkata dia sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya agar dia ditemukan jodoh dengan orang yang soleh dan terpilih agar dapat membimbingnya dan dapat menjadi ketua keluarga yang baik untuk anaknya.


Memetik laporan daripada portal hiburan Murai, Noor Kartini Noor Mohamed berkata, “kalau jodohnya dengan Hans Isaac sekalipun, masa untuk Neelofa masih panjang untuk mendirikan rumahtangga. Dia berkira-kira menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun dan dalam masa tiga tahun ini kita tak tahu apa yang akan berlaku”.

Neelofa, 24, sebelum ini hangat diperkatakan bercinta dengan pengarah dan pelakon kacak, Hans Isaac walau bagaimanapun menafikan hubungan cinta di antara mereka berdua.

Diharapkan dengan restu yang diberikan oleh ibunya membuka pintu hati Neelofa untuk berterus-terang mengenai status dirinya yang terkini.

Zaman kini semua sedia maklum peminat bukan lagi seperti dulu. Mereka pun sudah pandai menilai.

Sekalipun artis yang diminati sudah berpasangan, mereka tidak kisah asalkan artis itu berbakat dan bersih dari kontroversi.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon