Saturday, February 23, 2013

Hampir Hilang Semua Gigi Akibat Ketagih Minum Air Berkarbonat


Walaupun baru berusia 25 tahun, lelaki ini kehilangan hampir kesemua giginya kerana tabiat ketagihan meminum minuman berkarbonat soda setiap hari. Hal tersebut menyebabkan dia terpaksa meggunakan gigi palsu untuk menggantikan gigi asalnya yang kebanyakannya sudah rosak.


"Saya minum antara 6 hingga 8 liter minuman bergas. Sebagian besarnya cola (minuman berkarbonat) setiap hari," ujar William. "Hal ini menyebabkan gigi saya mula rosak selain mengalami masalah kesihatan keracunan darah yang membuatkan saya merasa sakit.

Dia yang dilahirkan di Salisbury, Adelaide, Australia ini mengaku mula ketagih minum minuman berkarbonat soda sejak mula bekerja di sektor perhotelan kerana mudah untuknya mendapatkannya minuman tersebut.

Sejak awal lagi doktor sudah mengingatkannya untuk mengurangkan tabiat meminum minuman berkarbonat tersebut tetapi dia tidak menghiraukannya. Hal itu menyebabkan dia kehilangan sejumlah besar giginya berbanding dengan gigi orang dewasa yang normal.

Bagaimanapun dia memaklumkan bahawa kesihatannya semakin pulih sejak mula menggunakan gigi palsu tersebut selain mengurangkan tabiat buruk meminum minuman berkarbonat tersebut yang boleh jejaskan kesihatan.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon