Thursday, February 28, 2013

Gambar Seksi Azharina Azhar Pula Tersebar!


Baru-baru ini tersebar gambar penyanyi yang semakin menyepikan diri dari industri hiburan tempatan iaitu Azharina Azhar, 28 tahun.

Azharina Azhar

Azharina yang merupakan anak didik kepada komposer Julfekar ini tampil berpakaian seksi dan bersosial di kelab hiburan dengan rakan-rakannya yang lain.

Penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang peguam yang berasal dari Kelantan iaitu Datuk Sukri, 55, pada 2007.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 2008.

Mungkinkah Azharina bakal membuat comeback dalam bidang nyanyian kerana suaranya memang mampu membuat bulu roma kita terangkat apabila apabila mendengarnya kan..

Sayang sekiranya bakatnya itu tidak diasah dengan sebaik mungkin. -M

Tak gitu?

UPDATE (6/12/2016)

Azharina Juara Gegar Vaganza 3 2016

Gegar Vaganza 3

ROGRAM Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) melabuhkan tirainya dengan menobatkan Azharina Azhar, 31, sebagai juara GV pada musim ini.

Menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Siti Sarah, Zarul Umbrella, Ameng, Intan Sarafina dan Gmie Screen, Azharina ternyata berada dalam kelasnya tersendiri.

Menepati ramalan ramai, Azharina yang tampil dengan persembahan mantap menerusi medley pada persembahan pertama dengan dendangan lagu Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang nyanyian Nike Ardilla mendapat pungutan markah tertinggi sebanyak 82.4 peratus meninggalkan Siti Sarah di tempat kedua dengan markah 76.3 peratus.

Manakala Zarul di tempat ketiga dengan markah 73.1 peratus, Ameng di tempat keempat dengan 54.3 peratus markah dan Intan Sarafina serta Gmie Screen pula berada di tempat kelima dan keenam dengan markah 52.8 peratus dan 52.1 peratus.

Menerusi kemenangan itu, Azharina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot bernilai RM60,000, pakej percutian ke Itali bernilai RM15,000, rantai mutiara Rafflesia bernilai RM30,000, baucar barangan GoShop bernilai RM6,000 serta hadiah sampingan lain berserta trofi dan rakaman sebuah single baru dari Astro.

Sementara persembahan terbaik yang dipilih menerusi undian penonton pula memihak kepada Siti Sarah yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Azharina yang sememangnya konsisten menampilkan persembahan terbaik pada konsert mingguan GV, sekali lagi tampil dengan persembahan hebat yang bukan hanya memukau penonton, tetapi juga barisan juri. GV mendapat tajaan platinum dari Qu Putih berserta tajaan lain seperti KFC, Digi dan Adabi.

Keputusan sebulat suara

Kehebatan vokal bekas juara Bintang RTM 2001 ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk kesemua segmen solo mahupun ‘battle’ bersama Sarah menerusi lagu Kesetiaan.

Persembahan mantap Azharina juga telah mendapat ‘standing ovation’ daripada juri jemputan, Hetty Koes Endang yang mengakui begitu terkesan dengan persembahan penyanyi kelahiran Sabah ini sehingga menitiskan air mata.

Pertandingan GV3 di peringkat akhir ini diadili empat juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang pula sebagai juri tempatan.

Ramli MS selaku ketua juri menyifatkan kemenangan Azharina sebagai keputusan sebulat suara barisan juri yang mengambil kira persembahannya yang menepati kehendak penjurian baik dari segi vokal, penghayatan mahupun persembahan yang diberikan pada malam final ini.

“Semua peserta memberikan persembahan terbaik mereka, namun Azharina mempunyai kelebihan dari segi penjiwaan dan kawalan suaranya yang baik.

"Malah dia dia juga sudah banyak memperbaiki cara nyanyian dengan teknik baru yang lebih baik berbanding sebelumnya,” ujar Ramli pada sidang media GV3.

Perjuangan baru Azharina

Azharina yang ditemui sebaik sahaja pertandingan berakhir menyifatkan kemenangannya ini sebagai satu kenangan yang cukup manis buatnya.

Malah penyanyi yang cukup dikenali dengan sikap rendah dirinya ini menganggap ia sebagai rezeki buat anaknya, Rahmat Azarin Aziz, 2.

“Kemenangan ini sememangnya bukan untuk saya seorang, sebaliknya untuk semua mereka yang menyokong saya tanpa jemu terutamanya para peminat yang sentiasa percaya kepada bakat dan kebolehan saya selama 15 tahun dalam industri seni.

“Malah ia juga merupakan pengorbanan berbaloi saya selama lapan minggu dalam GV3 di mana banyak masa bersama anak yang telah saya korbankan untuk memastikan setiap persembahan saya termasuk di final ini dapat menghiburkan mereka yang menonton termasuklah pihak juri.

“Soal menang atau kalah itu sudah menjadi perkara kedua kerana niat asal saya memasuki GV pada mulanya hanyalah untuk bertemu rakan-rakan lama serta menimba pengalaman baru yang mungkin saya tidak perolehi sebelum ini,” ujar Azharina yang mendapat bimbingan vokal daripada komposer Julfekar.

Ditanya tentang perasaannya apabila persembahannya mendapat ‘standing ovation’ daripada penyanyi legenda, Hetty Koes Endang, Azharina mengakui merasa cukup terharu.

“Siapalah saya untuk menerima penghormatan begitu, apatah lagi daripada beliau yang kita tahu begitu hebat dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang seni ini.

“Bagaimanapun saya anggap ia sebagai penghargaan yang cukup istimewa untuk saya kenang,” ujarnya yang turut mendapat pujian dan komen positif daripada penyanyi Indonesia itu.

Menyentuh tentang hadiah kemenangan yang dianggarkan berjumlah lebih RM200 ribu yang dimenanginya itu, kata Azharina, dia belum lagi merancang apa-apa ke arah itu.

“Itu rezeki anak dan jujurnya saya belum berfikir apa-apa dengan hadiah kemenangan itu, cuma dalam kepala saya kalau ada kesempatan saya mahu mengerjakan umrah.

“Untuk hadiah rakaman single pula, mungkin saya perlu melakukan perbincangan dan meminta pendapat pelbagai pihak dahulu bagi memastikan single yang bakal dihasilkan nanti menepati citarasa muzik masa kini,” ujarnya.

Berkongsi tentang perancangan terbaharunya, Azharina mengakui selepas menyertai GV3, jadualnya kembali padat dengan pelbagai tawaran persembahan bukan sahaja di tanah air, tetapi juga dari Indonesia dan Filipina.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang datang tanpa saya duga ini di mana banyak sekali tawaran yang datang kepada saya sehingga jadual kerja saya sudah penuh sehingga Mac depan.

“Terdekat saya bakal mengadakan konsert solo di Nusajaya Barat Indonesia pada bulan di depan dan kemudiannya diikuti dengan persembahan di Filipina yang saya harapkan dapat memberi peluang baru untuk saya dalam kerjaya seni selepas ini,” katanya yang turut berhasrat mengadakan konsert solo di Malaysia pula selepas ini.

Sarah akur naib juara

Sementara itu, Siti Sarah yang meraih tempat kedua juga tampil dengan persembahan yang mantap menerusi medley lagu I Will Always Love You dan Matahariku serta lagu Seandainya nyanyian Azharina di segmen battle.

“Saya dah mencuba paling baik pada malam ini dengan izin ALLAH SWT, namun saya percaya kepada rezeki yang telah ditentukan di mana ia berpihak kepada Azharina malam ini.

“Saya gembira dengan apa yang dilalui sepanjang GV3 ini malah bersyukur kerana mempunyai suami serta dikelilingi insan-insan yang banyak menyokong perjalanan saya dalam pertandingan ini.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan kembali aktif dalam bidang nyanyian dan bakal muncul dengan single terbaru bersama Tam Spider tidak lama lagi,” katanya.

CORAT-CORET:
  • Penonton memenuhi perkarangan Auditorium MBSA, Shah Alam seawal jam 6.00 petang.
  • Perang sorak antara penyokong Azharina dan Siti Sarah di dalam auditorium menggamatkan suasana.
  • Sebelum konsert bermula, setiap finalis diberikan peluang untuk berada bersama-sama dengan para penyokong mereka di tempat duduk.
  • Setiap kali iklan, juri undangan, Hetty Koes Endang diserbu para artis dan tetamu yang hadir untuk bergambar.
  • Hetty Koes Endang memberikan ‘standing ovation’ untuk persembahan Azharina dan Siti Sarah.
  • Ning Baizura dan Syamel muncul membuat persembahan bagi mempromosikan program terbaru Astro, Duo Star.
  • Battle Azharina dan Siti Sarah mengimbau kenangan 15 tahun lalu ketika pertandingan final Bintang RTM 2001.
  • Azharina mengenakan barangan kemas bernilai lebih RM1 juta ketika membuat persembahan.
  • Sarah melayan peminat sehingga jam 1 pagi di luar perkarangan Auditorium MBSA bagi menyatakan rasa terima kasihnya.
  • Gmie Screen menitiskan air mata usai menyanyikan lagu medley Salam Terakhir dan Bila Bulan Berwarna Biru.
  • Persembahan penutup dari Datuk Siti Nurhaliza memukau penonton biarpun hanya lima minit kerana dirasakan seolah-olah menonton sebuah konsert mega. -SH

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Asia Paling Popular Tahun 2015

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon