Saturday, February 16, 2013

Gambar Mayat Kanak-kanak Palestin Dipilih Foto Terbaik


Jurugambar warga Sweden, Paul Hansen memenangi anugerah tahunan dalam Anugerah Foto Media Dunia 2012 bagi akhbar Dagens Nyheter kerana sekeping gambar dua kanak-kanak warga Palestin yang terbunuh dalam satu serangan bedilan Israel sedang dibawa untuk pengebumian.

Gambar yang diambil oleh jurugambar warga Sweden, Paul Hansen 
yang memenangi anugerah utama 2012 World Press Photo.

Gambar itu menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berarak membawa mayat kedua-dua kanak-kanak melalui lorong yang sempit di bandar Gaza.

Mangsa itu merupakan pasangan adik-beradik, yang ditutupi dengan kain putih yang hanya menunjukkan wajah mereka.

Ahli juri Mayu Mohanna dari Peru berkata, kekuatan gambar itu adalah “keadaan mengenai perbandingan antara kemarahan dan kesedihan golongan dewasa dengan kanak-kanak yang tidak berdosa”.

Foto Media Dunia, merupakan salah satu pertandingan foto kewartawanan paling berprestij dan pada Jumaat ia menyenaraikan sembilan kategori melibatkan pencalonan 54 jurugambar dari 32 negara.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon