Wednesday, February 13, 2013

Emma Watson Rayu Peminat Henti Kutuk Kristen Stewart


Perselingkuhan antara Kristen Stewart dan Rupert Sanders sudah pun menjadi isu lama, namun kedua-dua mereka masih lagi dikritik hebat sehingga ke hari ini.


Bagaimanapun menurut laporan portal Contactmusic aktres jelita Emma Watson menyifatkan kritikan itu tidak patut diterima Kristen yang masih lagi muda dan kesilapan itu adalah satu pembelajaran buatnya menjadi lebih matang.

"Kristen hanyalah manusia biasa yang membuat kesilapan. Begitu juga dengan orang lain yang pasti melakukan beberapa kesalahan dalam hidup.

"Tidak adil rasanya jika kita mengecam dia sehabis baik hanya kerana dia seorang selebriti," katanya.


Perselingkuhan Kristen dan Rupert terungkap pada Julai tahun lalu dan gara-gara hubungan terlarang itu Rupert bercerai dengan isterinya.

Manakala hubungan Kristen dan Robert di ambang perpisahan.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon