Thursday, February 07, 2013

Cara Menyemak Keputusan BR1M 2.0


Pembayaran BR1M kepada pemohon yang berjaya akan di buat dalam bentuk baucer tunai bermula 3 Feb 2013 yang akan dilakukan secara berperingkat sehingga 15 Mac depan.


Baucar boleh ditunaikan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan CIMB di seluruh negara.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 mulai 4 Februari 2013 ini.

Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email pula dengan menghantar email ke belanjawan2012@treasury.gov.my

Penerima BR1M yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan pula boleh mendapatkan baucar bayaran masing-masing di Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri untuk kawasan masing-masing.

Tempoh penyerahan borang BR1M juga dilanjutkan selama satu bulan sehingga 10 Feb ini. Syarat-syarat permohonan adalah:

• Isi rumah yang layak (RM500):
  • Warganegara Malaysia.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Berkahwin.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah.
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

• Individu yang layak (RM250):
  • Warganegara Malaysia.
  • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan. Dapatkan BORANG RAYUAN DI SINI.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon