Saturday, February 23, 2013

Cara Berpakaian Selena Gomez Semakin Seksi


Penyanyi dan pelakon Selena Gomez membuka mata ramai pihak dengan penampilannya yang tampak berani ketika menghadiri tayangan perdana filem Spring Breakers di Berlin.


Mengenakan seluar dan sut hitam yang terdedah pada bahagian depan dan belakang, Selena juga sudah berani mendedahkan dadanya yang dilihat semakin sempurna setiap kali tampil di khalayak.

Selena yang kini berusia 20 tahun seakan-akan ingin menunjukkan bahawa dia sudah semakin dewasa dan kelihatan menawan ditambah pula dengan solekan yang membuatkan dia cukup elegan.

Sebelum ini Selena pernah berbikini ketika masih lagi menjalinkan hubungan dengan Justin Bieber, namun pemakaiannya itu dilihat masih lagi kebudak-budakan.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon