Sunday, February 10, 2013

Banduan Sanggup Telan Hand Phone Elak Dirampas


Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.


Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan terkejut mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut dan punggung banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini.

Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.

Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.

Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.

Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon