Thursday, February 21, 2013

Aidil Nafi Bakal Kahwini Zarema Seperti Didakwa


Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang juga suami kepada aktres Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan menafikan bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema Zainal seperti didakwa.


Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi.

Ujarnya, pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut dan mengakui dia rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema.

"Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi.

"Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang sahaja yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarga yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa," katanya seperti dilaporkan dalam Berita Harian pada Khamis.

Rita didakwa Aidil sengaja membangkitkan isu.

Aidil berkata demikian susulan laporan pada Isnin yang mendakwa pemain bola sepak itu bakal bercerai dengan Rita dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita dikenali sebagai Zarema Zainal.

Mengulas lanjut, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa.

"Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada.

"Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya,” ujarnya.

Aidil bakal menghadiri kes perbicaraan konflik rumah tangganya dengan Rita di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin depan.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon