Monday, January 07, 2013

Rappers Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana!


Snoop Dog yang kini telah mengubah namanya kepada Snoop Lion mengakui dia tidak akan ragu-ragu untuk mengajar ketiga-tiga anaknya mengambil dadah. Menurut laporan portal The New Musical Express, penyanyi rap itu berkata, walaupun tidak mahu anaknya terjebak dengan ganja, namun dia tidak akan melarang jika anaknya itu mengambil marijuana.

Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana

“Saya bukannya mahu mereka terjebak dalam dadah, namun jika mereka mahu, saya akan menunjukkan cara pengambilan yang betul agar tidak menggunakannya sebarangan sehingga terlebih dos.

“Kalau boleh saya mahu mereka tahu informasi tentang dadah, agar tidak terkena dengan benda-benda yang menakutkan,” katanya.

Kenyataan penyanyi itu membuatkan segelintir peminatnya kurang senang dengannya.

Sementara itu, Snoop Lion telah mengubah aliran muzik reggae, bersesuai dengan pengubahan nama barunya itu.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon