Thursday, January 24, 2013

Victor Valdes Penjaga Gol Terbaik Barca Sepanjang 20 Tahun


Pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta tanpa segan silu menamakan Victor Valdes antara penjaga gawang terbaik di dunia buat masa ini.


“Sebagai pemain, saya tidak mahu kehilangan Victor kerana dia masih yang terbaik dan saya pasti sedih jika dia meninggalkan pasukan.

“Tetapi, kita harus menghormati keputusan dia dan menyokong penuh hasratnya itu. Dia berhak untuk menentukan kehidupan baru selepas ini,” katanya.

Menurut Iniesta, kehebatan Victor tidak boleh dinafikan kerana memulakan kerjaya bola sepak sejak usia 10 tahun dan banyak mewakili kejohanan peringkat umur.

Minggu lalu, Valdes enggan melanjutkan kontrak baru bersama Barca yang akan tamat pada musim 2013/14 selepas menghabiskan kira-kira 20 tahun di Camp Nou.

–SinarHarian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon