Monday, January 14, 2013

Sekali Lagi Keajaiban Messi Membantu Barcelona


Lionel Messi membuktikan gelaran keempat Ballon d’Or yang diraihnya bukan omong kosong apabila menyumbatkan satu gol dan merangka dua lagi gol ketika Barcelona menundukkan Malaga 3-1 pada perlawanan awal pagi tadi sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di takhta Liga Sepanyol.


Messi memanfaatkan kesilapan pertahanan Malaga, Ignacio Camacho pada minit ke-27 untuk menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dan kemudiannya mencipta peluang kepada Cesc Fabregas bagi menambah derita lawan pada minit ke-50 dan diikuti pemain gantian Thiago Alcantara lapan minit sebelum wisel penamat.

Barcelona menang kesemua 10 perlawanan di tempat lawan musim ini dan rekod tanpa kalah dalam saingan selepas mencatat 18 kemenangan dan satu seri.

Kelab itu tampak kukuh untuk merampas gelaran dan kekal 11 mata mengatasi Atletico Madrid selepas pencabar terdekat itu menewaskan Zaragoza 2-0.

–AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon