Friday, January 11, 2013

Rasuah S3ks Di Indonesia Berleluasa


Agensi anti rasuah Indonesia berkata, amalan penggunaan seks sebagai suapan di negara itu berlaku dengan meluas dan menyeru pihak berkenaan menguatkuasakan peruntukan yang menganggap aktiviti berkenaan sebagai jenayah.

Gambar hiasan

Menurut Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) itu, peruntukan itu ada dalam Undang-undang Antirasuah 2001. Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, agensi itu percaya ‘hadiah’ dalam bentuk seks boleh dianggap sebagai rasuah atau sekurang-kurangnya imbuhan dan kegagalan melaporkannya boleh dihukum penjara. “Berdasarkan undang-undang, imbuhan termasuk seks dianggap rasuah jika ia diberi kepada seseorang atas kapasiti sebagai penjawat awam.

“Kedua, ia juga rasuah jika penerima hadiah itu gagal melaporkannya kepada pihak berkuasa dalam tempoh 30 hari,” katanya. Melalui peruntukan Undang-undang Antirasuah 2001, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga lebih RM310,000. Selain seks, pemberian habuan berupa wang, barangan, potongan harga, tiket penerbangan, kemudahan penginapan serta pelbagai bentuk hadiah lain boleh dianggap rasuah.

Kata Johan, KPK sedar pengamal rasuah menggunakan seks sebagai sogokan untuk mendapat apa yang diingini. “Kami masih menyiasat sebarang laporan yang membabitkan seks,” katanya kepada wartawan. Sementara itu, sejak Disember dua tahun lalu, KPK sudah mengharamkan penjawat awam menerima sebarang tiket percuma daripada Persekutuan Bola Sepak Asia kerana ia juga boleh dianggap sebagai rasuah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

-JAKARTA POST

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon