Monday, January 14, 2013

Pujian Menggunung Alex Ferguson Buat Anak-anak Buahnya


Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi pujian menggunung kepada anak-anak buahnya selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford malam tadi untuk terus menguasai tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Alex Ferguson

Selepas 22 perlawanan, United mengumpul 55 mata untuk terus berkelebihan tujuh mata berbanding Manchester City manakala Liverpool di tangga kelapan dengan 31 mata.

United mendahului menerusi jaringan Robin van Persie pada minit ke-19 disusuli tandukan Nemanja Vidic minit ke-55 sebelum Liverpool merapatkan kedudukan hasil jaringan Daniel Sturridge minit ke-57.

“Ia satu persembahan baik yang kami miliki untuk tempoh yang lama (menang sembilan daripada 10 perlawanan terakhir liga musim ini).

“Tapi apabila lawan dapat gol, mereka seolah memperolehi inspirasi, penyokong mereka mula beri semangat dan ia menjadi lebih sukar. Apa pun saya gembira kerana kami akhirnya menang perlawanan ini,” kata Ferguson.

“Kami sepatutnya boleh jaringan tiga atau empat gol dan patut mendapat penalti selepas Shinji Kagawa dijatuhkan. Tapi Howard Webb tidak mahu beri penalti kepada kami kali ini.”

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers tetap bangga dengan pasukannya meskipun tewas dan dia percaya mereka sepatutnya mampu mencuri mata.

“Kami patut dapat sesuatu. Saya bangga dengan semangat juang pasukan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 0-2,” kata Rodgers.

BACA INI JUGA: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon