Saturday, January 19, 2013

Polis Tunda Siasatan Kes Skandal Terbaru Ariel Dan Pramugari


Pasukan penyiasat polis Metro Jaya menangguhkan urusan mengambil keterangan Pengarah Program Bakti Budaya Djarum Foundation, Renitasari iaitu saksi kes melibatkan vokalis Noah, Ariel dan pramugari, Magdalena Wuy.


“Hasil koordinasi dengan penyiasat, benar pemeriksaan itu ditunda. Renitasari minta tarikh lain,” kata Ketua Bidang Humas Polda Metro Jaya, Kombes Pol Rikwanto, semalam.

Rikwanto menjelaskan bahawa pemeriksaan itu ditunda berikutan Renita yang terlalu sibuk.

“Kerana jadualnya yang terlalu sibuk dan sudah diatur sebelumnya,” katanya kepada Kompas.

Sementara itu, Ketua Sub Direktorat Kejahatan dan Kekerasan Direktorat Reserse dan Kriminal Umum Polda Metro Jaya, Helmy Santika menyatakan pihaknya akan melakukan pemeriksaan sekali lagi ke atas Renitasari.

“Nanti saya periksa dulu... saya lagi menguruskan banjir,” katanya.

Sebelum ini, penyiasat Polda Metro Jaya telah mengambil keterangan pasukan editorial salah sebuah portal hiburan ternama berhubung dakwaan Magdalena yang melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia.

Magdalena dituduh sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham sudah dipanggil untuk memberi keterangan bulan lalu.

Dia sebelum ini pernah dipenjarakan kerana terbabit dengan skandal seks yang menggemparkan industri hiburan.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon