Thursday, January 03, 2013

Panas! Kim Kardashian Mengandung Anak Siapa?


Hubungan yang terjalin antara rapper terkenal, Kanye West dan bintang realiti, Kim Kardashian ternyata semakin serius.

Kanye West - Kim Kardashian

Mereka dijangka bakal menimang cahaya mata pertama, akhir Jun atau awal Julai ini.

Berita gembira mengenai kehamilan Kardashian diumumkan sendiri oleh kekasihnya dalam sebuah konsert, Ahad lalu.

Kardashian pada mulanya ingin merahsiakan kehamilannya yang sudah mencecah usia tiga bulan, tetapi West sudah tidak sabar mahu berkongsi keterujaannya bergelar bapa.

Malah, West dikhabarkan menangis kegembiraan ketika pertama kali mengetahui Kardashian hamil.

Sementara itu, Kardashian di laman blognya memberitahu, kehamilannya merupakan permulaan baik untuk 2013 yang baru membuka tirai.

"Kami berasa bertuah dan tidak sabar mahu memulakan hidup berkeluarga," kata bintang program Keeping Up With The Kardashian itu.

Bukan saja pasangan ini, malah seluruh keluarga Kardashian turut teruja menanti kelahiran bayi tersebut.

Khabarnya, Kardashian akan mengabadikan tempoh sepanjang kehamilannya dalam sebuah program realiti khas.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon