Tuesday, January 22, 2013

OMG! Teman Wanita Johnny Depp Di Kebas Lesbian


Kempunan. Pelakon Johnny Depp akhirnya ditinggalkan oleh teman wanita, Amber Heard. Namun agak memalukan apabila dia ditinggalkan demi seorang wanita lain.


Amber, yang terkenal sebagai bisexual itu kini menjalinkan hubungan dengan seorang model wanita, Marie de Villepin.

Kedua-duanya kini bercuti di Paris.

Amber, 26, mengakhiri hubungan cinta selama tujuh bulan dengan Depp selepas mengakui sudah penat dengan karenah Depp.

Keadaan itu mengejutkan banyak pihak kerana Amber dan Depp sebelum ini dilaporkan merancang untuk memulakan keluarga.

“Depp memang menyintai Amber. Namun apabila Amber mula menaruh harapan tinggi ke atas Depp, pelakon itu seakan menjadi dingin.

“Sedangkan sebelum ini mereka bercakap mengenai perkahwinan dan merancang untuk mendapat anak,” kata satu sumber.

Amber dan teman wanita terbarunya itu diperkenalkan oleh bekas kekasih Amber sendiri iaitu Tasya Van Ree.

Manakala Depp pula berpisah dengan Vanessa Paradis, 39 yang juga ibu kepada dua anaknya, selepas 14 tahun bersama.

Sumber: mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon