Monday, January 14, 2013

New York Di Serang Wabak Selsema


Gabenor New York, Andrew Cuomo mengisytiharkan kecemasan awam kelmarin, bagi membendung wabak selesema memberikan kebenaran kepada ahli farmasi memberikan vaksin selesema kepada lebih ramai penduduk ketika pegawai berusaha membendung penularan wabak paling buruk di negara itu dalam masa beberapa tahun.


Arahan Cuomo dibuat sehari selepas pegawai kesihatan persekutuan berkata selesema yang pantas merebak secara rasmi sudah mencecah tahap wabak di negara itu, berikutan permulaan awal.

Sembilan daripada 10 kawasan di Amerika berdepan wabak itu minggu lalu manakala 20 kanak-kanak sudah meninggal dunia, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Jumaat lalu.

Pejabat gabenor New York berkata 19,128 kes selesema dilaporkan musim ini, berbanding 4,404 ujian positif makmal bagi keseluruhan musim 2011 dan 2012.

“Kami berdepan musim selesema terburuk sejak 2009, dan aktiviti selesema di New York meluas, dengan kes dilaporkan di semua 57 daerah di New York,” kata Cuomo kelmarin.

Pada 5 Januari lalu, jabatan kesihatan negeri melaporkan 2,884 pesakit dimasukkan ke hospital dengan selesema yang sudah disahkan makmal, berbanding dengan 1,169 yang ditahan di wad pada 2011.

Arahan sementara Cuomo itu membenarkan ahli farmasi memberikan suntikan kepada pesakit antara usia enam bulan hingga 18 tahun.

–REUTERS

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon