Thursday, January 24, 2013

McDonald’s Di Denda RM700K Tipu Produk Halal


McDonald’s terpaksa membayar sebanyak $700,000 kepada seorang penduduk Islam di Detroit selepas restoran makanan segera berkenaan memberikan maklumat yang salah mengenai makanan yang diiklannya.


Restoran itu telah memberikan maklumat palsu mengenai penyediaan makanan yang dikatakan halal.

Kejadian tersebut menimpa seorang penduduk, Ahmed Ahmed yang membeli sandwich ayam pada bulan September tahun lalu, namun rupa-rupanya ia tidak halal.

Susulan itu, Ahmed telah meminta bantuan seorang peguam, Kassem Dakhlallah dan mereka kemudiannya menjalankan siasatan sebelum mengambil keputusan untuk menyaman restoran makanan segera berkenaan.

Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan bayaran yang dipersetujui ialah $700,000.

Bayaran itu akan dikongsi bersama oleh Ahmed, klinik kesihatan Detroit dan Muzium Kebangsaan Arab-Amerika di Dearborn, Michigan serta peguamnya.

Restoran makanan segera itu merupakan salah satu daripada dua rangkaiannya yang menjual makanan halal bagi menarik penduduk beragama Islam yang menetap di situ.

Seramai 150,000 penduduk Islam menetap di Detroit.

Dua rangkaian McDonald’s itu mempromosikan hidangan halal berupa Chicken McNuggets dan McChicken.

BACA INI JUGA: Pentingkah Memilih Produk Yang Mempunyai Logo Halal JAKIM Sekalipun Pemiliknya Bukan Islam?

Sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon