Saturday, January 19, 2013

Mayat Serupa Mumia Lelaki Ditemui Selepas Enam Tahun Meninggal


Pada 24 januari 2007 yang lalu, penduduk disebuah apartment yang terletak di Tula, Russia terkejut apabila menemui mumia seorang lelaki yang didapati hilang dari tahun 2000.

Mayat Vladimir Ledenev

Seorang pegawai polis Mark Ignashin, yang menerima aduan itu pun pergi ke apartment tersebut. Semasa dia tiba ke lokasi kejadian, bau yang busuk menyelubungi rumah itu. Kemudian dia ternampak satu mayat yang sudah kering berkemeja plaid dalam keadaan terduduk di dapur.

Disisinya, ada sebotol vodka kosong dan sebiji gelas yang berdebu. Kemudian beliau menemui selonggok suratkhabar lama didalam bilik tetamu bertarikh februari 2000.

Beliau menemui seorang saksi, Valentina Muradova yang berjaya mengecam mumia tersebut sebagai Vladimir Ledenev, 68, yang disangkakan telah berpindah ataupun dimasukkan kedalam hospital kerana penyakit TB.

Pihak polis mendapati Vladimir pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana melakukan jenayah.

Selain itu menurut jirannya, Vladimir merupakan seorang kaki botol selepas kematian ibunya 10 tahun lepas. Beliau tinggal seorang diri selepas bersara dan mengumpul botol-botol kosong. Sejak itu, dia tidak dapat dikesan.

Vladimir hilang selama 6 tahun dan ditenui didalam rumahnya sendiri dalam keadaan seperti mumia.

Anehnya, jirannya tidak menghidu bau busuk dari kediaman Vladimir.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon