Monday, January 07, 2013

Julia Perez Bakar Gaun Pengantin Kecewa Tidak Mendapat Restu Ibu!


Beberapa bulan lalu, selebriti, Julia Perez membakar gaun pengantin yang sudah disiapkan untuk majlis perkahwinannya dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina, Gaston Castano.


Dia bertindak demikian kerana kecewa tidak mendapat restu daripada ibunya.

Tetapi, Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe, boleh tersenyum kerana ibunya sudah berubah sikap.

Hubungannya dengan Castano yang kini bermain untuk pasukan Pelita Bandung Raya, sudah direstui.

Bagaimanapun, Jupe enggan tergesa-gesa untuk membuat gaun pengantin yang baru. Dia hanya akan menempahnya beberapa hari menjelang hari perkahwinannya itu tidak lama lagi.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon