Monday, January 07, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #2/2013


Salah satu senjata pelik yang pernah digunakan oleh kaum Mayan ialah sarang tebuan yang mana sarang-sarang tebuan ini digunakan dengan cara membalingnya kearah pihak lawan.


Negara Greece mempunyai paling banyak muzium arkeologikal berbanding mana-mana negara didunia.


Semasa perkahwinan Ratu Elizabeth II, terdapat sebanyak 12 biji kek perkahwinan telah disediakan dan kek yang dipotong di majlis perkahwinannya itu adalah setinggi 9 kaki dan seberat 500 paun.


Dalam tempoh masa setahun, secara puratanya seorang bayi akan memakai kira-kira 7,500 lampin.


Donut dikatakan berkemungkinan besar berasal dari Negara Jerman dan telah dibawa ke New York oleh imigran-imigran dari Belanda yang menetap di New York yang memanggilnya dengan nama 'olykoeks' (kek berminyak).


Bagi setiap 1 inci turunan hujan adalah bersamaan dengan 15 inci serbuk salji yang kering.


Lemak-lemak daripada makanan-makanan ringan yang kita ambil akan memberitahu otak kita bahawa kita memerlukan lebih makanan dan kesan ini biasanya boleh berterusan selama beberapa hari.


-Sentiasapanas.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon