Saturday, January 12, 2013

Ikan Yang Perlu Di Hapuskan Kerana Terlalu Ganas


Pada tahun 2002, snakefish (Channidae) digambarkan sebagai ikan yang memiliki “nafsu makan yang rakus, sering menjadikan semua ikan lain sebagai mangsa”.


Haiwan ini boleh bergerak diatas tanah dan meninggalkan kawasan air selama tiga hari untuk mencari sumber makanan baru.

Di darat, snakefish mampu memakan hampir semua binatang kecil di atas jalan dan ikan ini juga dikatakan pernah menyerang manusia di Cina yang berada dekat dengan kawasan mereka bertelur.

Snakefish boleh membesar lebih dari satu meter panjang dan beratnya lebih dari 6 kilogram. Kebanyakan snakefish berukuran 2-3 meter.

Snakefish juga membiak dengan cepat dalam ekosistem mereka. Snakefish kecil biasanya dimakan oleh ikan yang lebih besar, sementara snakefish dewasa dimakan oleh buaya.

Kerana kemampuan ikan ini untuk berpindah ke habitat baru dan menghapuskan ekosistem lain, usaha menghapuskan snakefish di 13 bahagian Amerika Syarikat dan negara-negara lain giat dilakukan.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon