Monday, January 14, 2013

Hubungan Cinta Robert Pattinson Dan Kristen Stewart Bakal Berakhir


Hubungan cinta antara pasangan pelakon Robert Pattinson dan Kristen Stewart dilaporkan berantakan sekali lagi.

Hubungan Robert Pattinson (kanan) dan Kristen Stewart ibarat retak menanti belah.

Aktor filem The Twilight dikatakan masih berdepan kesukaran untuk memaafkan kecurangan yang dilakukan Stewart ketika menjalin hubungan sulit dengan pengarah Rupert Sanders pada tahun lalu.

Menurut laporan majalah America's Life and Style, pasangan itu dilaporkan masih tidak berhenti bergaduh sehingga kini.

Malah, rakan-rakan mereka menjangkakan hubungan itu bakal berakhir tidak lama lagi.

"Hubungan mereka tidak baik. Mereka kerap bergaduh.

"Rob tidak gembira (dengan keadaan itu). Hubungan mereka hanya menunggu masa untuk berakhir," kata seorang sumber.

-Newkerala.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon