Saturday, January 19, 2013

Gempar! Rumah Tom Cruise Di Kepung Polis LA


Sekumpulan anggota polis Los Angeles bergegas ke kediaman aktor Tom Cruise gara-gara mendapat laporan daripada individu yang tidak dikenali mendengar suara tembakan daripada lokasi tersebut.


Menurut laporan portal Dailymail, pihak polis yang bersiap sedia dengan kelengkapan senjata telah mengepung kediaman Cruise, namun mereka mendapati tiada apa-apa yang berlaku.

"Ternyata laporan yang diterima palsu belaka apabila melihat kediaman Cruise dalam keadaan tenang dan tiada tanda-tanda jenayah.

Kediaman Cruise sering menjadi sasaran individu yang 
tidak bertanggungjawab membuat laporan palsu.

"Malah Cruise berada di kediamannya yang hanya dijaga oleh sekuriti keselamatan dan pengawal peribadinya," kata sumber.

Difahamkan, laporan palsu sebegini bukanlah kejadian pertama yang pernah berlaku terhadap bintang Mission Impossible itu.

Pada Ogos 2011, seseorang telah melaporkan terdapat rompakan di kediaman bekas suami Katie Holmes itu.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon