Thursday, January 17, 2013

Fauzi Nawawi Tuduh Rita Rudaini Budak Yang Belum Matang


Semalam, baru saja dilaporkan yang aktres Rita Rudaini dan Lisdawati sudah berdamai dan bersetuju untuk berlakon sama dalam drama arahan Murali Abdullah, Kerana Sarah.


Namun, tidak tahu pula yang suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi turut berlakon sama dalam drama berkenaan.

Patutlah Rita ada mengeluarkan syarat, yang dia tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set pengambaraan ketika dia berlakon.

Susulan daripada syarat itu, melalui Harian Metro, hari ini, Fauzi berpendapat yang Rita tidak matang.

“Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada.

“Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,” katanya.

Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita.

Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita.

Malah, Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita.

Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon