Friday, January 11, 2013

Dua Wanita Sembunyi Syabu Dalam Kemaluan


Dua wanita ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang bersama lebih 3,000 pil syabu yang disembunyikan dalam kemaluan mereka, kata polis semalam.

Gambar hiasan

Menurut jurucakap polis, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai sejumlah dadah yang cuba diseludup ke Bangkok dari Chiang Rai.

“Selepas pesawat disyaki mendarat, polis menahan dua wanita berusia 28 dan 26 tahun.

“Pemeriksaan pada badan mereka membolehkan pihak berkuasa menemui 3,473 pil syabu yang dibungkus dalam kondom dan disimpan dalam kemaluan mereka,” katanya.

Polis mendedahkan identiti wanita terbabit sebagai Anu Ma-Yer, dan Sukanda Chue-Mue.

Katanya, suspek mengaku dadah berkenaan dibawa untuk seorang pengedar di Bangkok. “Hasil maklumat diberi, seorang pengedar dadah berusia 31 tahun ditahan di sebuah pusat membeli-belah di Ramkamheang bersama 60,000 pil dadah,” katanya.

-BP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon