Thursday, January 17, 2013

Dua Pemilik Nama Unik Di Facebook Berkahwin Namun Akhirnya Bercerai


Ketika Kelly Hildebrandt memasukkan namanya di carian Facebook, dia menemui nama seorang lelaki yang benar-benar sama dengan namanya. Mereka kemudian berkenalan dan selepas saling berhubung melalui mesej, Kelly Hildebrandt (lelaki) yang berasal dari Texas pergi ke bandar asal Kelly Hildebrandt (perempuan) untuk menemuinya.


Tidak lama kemudian mereka pun berkahwin ( pada tahun 2009). Ketika itu Kelly Hildebrandt (perempuan) berumur 20 tahun manakala Kelly Hildebrandt (lelaki) berumur 24 tahun.

Baca: Kahwin Gadis Sama Namanya di Facebook

Namun di tahun 2011, mereka bercerai dengan alasan tidak sehaluan dan berasal dari dua dunia yang berbeza “We gave it our best shot,. She’s a Florida girl, and I’m a Texas guy... We really did come from pretty different worlds.” kata Kelly Hildebrandt (lelaki).

Walaupun begitu, mereka masih mempunyai hubungan yang baik.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon