Friday, January 11, 2013

Diana Danielle Ditahan Pihak Berkuasa Sydney


“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai desas-desus isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Beeson ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.


Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon