Monday, January 14, 2013

Britney Spears Dan Jason Trawick Putus Tunang


Bintang pop Britney Spears semalam memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick dan menarik diri daripada menjadi juri selebriti dalam rancangan mencari bakat nyanyian, X Factor.


Britney, 31, dan Trawick, 41, yang juga bekas ejennya bertunang pada Disember 2011. “Trawick dan saya memutuskan untuk membatalkan pertunangan kami. Saya akan sentiasa memujanya dan kami akan kekal sebagai kawan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasangan itu mula berpacaran pada Mei 2010, selepas beberapa tahun berdepan dengan kerumitan hidup, termasuk kehilangan hak penjagaan dua anaknya, memasuki pusat rawatan dan mencukur rambutnya.

Dalam satu kenyataannya, Trawick berkata: “Apabila episod ini berakhir buat kami, episod baru akan bermula. Saya selalu akan menyayangi dan mengingati Britney serta anak lelakinya. Kami akan terus menjadi teman rapat selamanya,” katanya.

Trawick adalah calon suami ketiga buat Britney. Sebelum ini dia menceraikan Kevin Federline pada 2006 dan mempunyai dua anak bersama penari itu.

Britney juga pernah berkahwin dengan kawan zaman kanak-kanaknya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004.

Perkahwinan itu bertahan hanya 55 jam sebelum penyanyi itu membatalkannya. Britney dan Trawick mengumumkan perpisahan mereka pada hari sama penyanyi “Toxic” itu mengesahkan pengunduran diri daripada rancangan X Factor hanya selepas setahun menjadi juri rancangan nyanyian terbitan Fox itu. Dia memberitahu sudah sampai masanya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

–Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon