Monday, January 14, 2013

Arsene Wenger Bengang Anak Buahnya Penakut


Juara bertahan, Manchester City terus mengekori tujuh mata di belakang Manchester United selepas berjaya menundukkan Arsenal 2-0 di tempat lawan, malam tadi.


Namun kedua-dua pengendali pasukan itu berang tetapi dengan punca dan alasan berbeza.

Pengurus City, Roberto Mancini tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil, Mike Dean melayangkan kad merah kepada kaptennya, Vincet Kompany pada minit ke-75 selepas mengasari Jack Wilshere.

“Ia bukan satu foul dan agak mustahil melihat kami akan kehilangan seorang pemain untuk tiga perlawanan untuk sesuatu yang tidak perlu. Jelas ia bukan kad merah.

“Dia melakukan terjahan menuju ke arah bola. Saya tak tahu kenapa perlu diberikan kad merah pada insiden seperti ini,” kata Mancini.

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula bengang dengan anak-anak buahnya dan melabel mereka sebagai penakut, beri gol mudah dan melakukan permulaan yang teruk.

Laurent Koscielny dibuang padang hanya seawal 10 minit perlawanan dan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menyelamatkan sepakan penalti Edin Dzeko itu, namun City tetap memperolehi dua gol menerusi James Milner dan Dzeko, masing-masing pada minit ke-21 dan 32.

“Ia mengecewakan. Kami beraksi 80 minit dengan 10 pemain dan kami tahu ia sukar. Tapi saya rasa kami terlalu takut pada permulaan dan tidak menunjukkan penguasaan dalam permainan.

“Kami biarkan lawan mengawal permainan pada 10 minit awal dan kami dihukum. Tapi kami beri respon baik pada babak kedua. Kami memiliki peluang untuk bangkit tetapi tidak memanfaatkannya,” kata Wenger.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon