Sunday, January 13, 2013

Anda Perlu Membayar RM300 Jika Mahu Menghantar Mesej Kepada Mark Zuckerberg


$100 - itulah harga yang mungkin dicaj oleh Facebook jika anda ingin menghantar mesej kepada Mark Zuckerberg, pengasas Facebook.


Namun sanggupkah anda membayar $100 atau RM300 lebih dalam mata wang Malaysia semata-mata ingin menghantar mesej kepada beliau?

Kini Facebook masih menguji beberapa "titik harga melampau" supaya para pengguna dapat dibenarkan membayar andai kata mereka mahu memberi orang yang bukan kawan-kawan mereka melihat mesej-mesej mereka.

IBN Live memetik laporan Mashable awal Jumaat lalu bahawa segelintir pengguna yang cuba menghantar mesej kepada Zuckerberg diberi pilihan membayar $100 bagi memastikan mesej mereka sampai ke peti masuk CEO Facebook itu. Namun mesej itu mungkin akan berakhir dalam folder mesej "lain" Zuckerberg, tempat yang kerap tak diendah - antara folder spam dan peti masuk, sekiranya tiada bayaran dibuat.

Facebook dilapor memberitahu bahawa mereka sedang menguji harga-harga "melampau" untuk mengkaji kaedah yang berkesan bagi menapis spam. Satu khidmat melencongkan komunikasi ke peti-peti masuk bukan kawan yang mengenakan caj $1 (RM3 lebih) per mesej kepada para pengguna juga sedang diuji mereka. Untuk rekod, Zuckerberg ada lebih daripada 16 juta pengikut di laman itu.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon