Saturday, January 26, 2013

Amah Bunuh Anjing Berharga RM3,000 Di Penjara Setahun


Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana didapati salah membunuh anjing milik anak saudara majikannya baru-baru ini.

Anjing Dari Jenis Baka Yorkshire Terrier.

Tertuduh, Heltija Bulu, 26, dijatuhi hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah membunuh seekor anjing betina baka Yorkshire Terrier pada dua minggu lalu.

Dia diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap iaitu semasa hari kejadian pada 10 Januari lalu.

Heltija didapati salah membunuh anjing bernilai RM3,000 itu di Jalan Sri Hartamas 4, Taman Sri Hartamas, Brickfields pada pukul 1.21 tengah hari.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa memukul anjing itu diruang tamu dan kemudiannya membawa haiwan itu ke dalam bilik air lalu mencampakkannya ke penjuru tandas.

Bedah siasat oleh Institut Penyelidikan Veterinar mendapati anjing itu mati akibat penderaan melibatkan objek tumpul yang menyebabkan kematian secara ‘Hypovolemic Shock’.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon