Monday, December 31, 2012

Janet Jackson Memeluk Agama Islam

Penyanyi, Janet jackson dilapor bertunang secara sulit dengan bilionair Qatar, Wissam Al-Mana dan pasangan itu merancang berkahwin di bandar raya ini pada 2013.


Menurut majalah hiburan UsWeekly, Wissam menghadiahkan adik Michael Jackson itu sebentuk cincin yang amat mahal, membuatkan Janet terlalu bimbang dan sentiasa memastikannya ia disimpan dengan selamat.

Bilionair itu yang keluarganya terbabit dalam perniagaan hartanah dan media ialah Pengarah Urusan Perniagan Al Mana Retail yang mewakili A/X Armani Ex- change. Dia juga adalah pemegang saham dalam Saks Fifth Avenue.

Pasangan berkenaan dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis secara Islam.

Pengarang terkenal Turki, Adnan Oktar yang juga dikenali sebagai Harun Yahya berkata, Janet sudah memeluk Islam dan memilih untuk merahsiakannya daripada peminat.

Menurut sumber dalaman, majlis perkahwinan itu akan menjadi acara terbesar dalam sejarah.

Ia termasuk rancangan Janet untuk membawa semua anggota keluarga dan rakannya dengan menaiki pesawat persendirian bagi menghadiri majlis itu.

Mereka dilapor akan membelanjakan kira-kira RM9 juta untuk membawa 500 tetamu dari seluruh dunia sementara Wissam akan menghadiahkan mereka jam Rolex berharga RM30,000 setiap seorang.

“Wissam akan berbelanja besar apabila mengahwini Janet kelak. Ia akan menjadi majlis perkahwinan abad ini.” kata sumber itu.

Pasangan itu berkenalan pada Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Asia Barat.

Penyanyi berusia 46 tahun itu yang pernah berkahwin dua kali, sebelum ini menegaskan tidak ada salahnya wanita bercinta dengan lelaki muda selagi kedua-duanya bahagia.

-Agensi

Panas! Ariel Dan Luna Maya Kembali Menjalinkan Hubungan

Penyanyi, Ariel dan selebriti, Luna Maya membuat kejutan apabila kedua-duanya dikatakan kembali menjalinkan hubungan semula selepas percintaan mereka terputus sebelum ini.


Bagaimanapun, hubungan mereka kali ini hanya terbatas pada perniagaan saja.

Ariel, bekas penyanyi kumpulan Peterpan yang dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu baru-baru ini memulakan perniagaan kasut, ARL, sementara Luna sudah lama terlibat dengan perniagaan pakaian, LM for Hardware.

Dia dipenjara kerana terbabit dalam video porno bersama Luna dan seorang lagi selebriti, Cut Tari, “Hubungan kami hanya berkait dengan perniagaan,” katanya malu-malu, lapor Tabloidnova.com.

Ariel sengaja memilih Luna sebagai rakan perniagaan kerana bekas kekasihnya itu mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan.

-BT

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012

Info Top 10. Berikut ialah 10 senarai bintang remaja Hollywood yang meraih kejayaan di usia muda dan diangkat sebagai bintang remaja paling kaya pada tahun 2012.

Justin Bieber
RM162.2 juta


Tidak pernah gagal meraih sokongan peminat yang menggila, kedudukan bintang sensasi Justin Bieber tidak pernah tergugat sebagai penyanyi remaja nombor satu dunia sehingga hari ini. Bieber dianggarkan memiliki harta kekayaan mencecah sebanyak AS$53 juta (RM 162.2 juta).

Miley Cyrus
RM146.9 juta


Pencapaiannya sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon tidak pernah dipersoalkan kerana telah dibuktikan sejak dia berusia 8 tahun lagi. Cyrus yang menempa populariti menerusi sitkom bersiri Hannah Montana dilaporkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$48 juta (RM146.9 juta).

Nick Jonas
RM38.2 juta


Seterusnya ialah anggota kumpulan The Jonas Brothers, Nick Jonas yang dilaporkan meraih pendapatan sehinga AS$12.5 juta (RM38.2 juta). Nick memiliki bakat yang hebat dalam bidang penulisan lirik, nyanyian dan pemuzik. Selain itu, Nick yang menubuhkan The Jonas Brothers bersama adik-beradiknya, Kevin dan Joe itu juga merupakan seorang pelakon.

Taylor Lautner
RM26 juta


Bintang yang menyinar menerusi francais filem popular Twilight itu dianggarkan memiliki kekayaan sehingga AS$8.5 juta (RM26 juta). Dia yang popular dengan watak Jacob Black itu mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 11 tahun.

Jaden Smith
RM24.4 Juta

Jaden Smith adalah selebriti seterusnya yang dinobatkan sebagai selebriti remaja terkaya dunia. Anak lelaki pasangan pelakon Will Smith dan Jada Smith ini menjana pendapatan sebagai penyanyi rap yang jelas begitu dekat diwarisi oleh bapanya itu. Selain menyanyi, Jaden juga mula dikenali sebagai pelakon menerusi penglibatannya dalam filem Men in Black pada tahun 2002 selain The Karate Kid dan The Pursuit Of Happiness.

Angus T. Jones
RM23.8 juta


Mula berlakon sejak berusia 6 tahun, Jones yang berasal dari Texas itu dianggarkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$7.8 juta (RM23.8 juta) hasil pendapatan lakonannya dalam drama bersiri berjudul Two and a Half Men.

Selena Gomez
RM16.8 juta


Selebriti muda yang menceburi dunia nyanyian pada tahun 2002. Gomez yang juga merupakan teman wanita Bieber dianggarkan memiliki pendapatan mencecah AS$5.5 juta (RM16.8 juta) hasil usahanya mencipta nama menerusi bidang nyanyian dan lakonan. Pelantun lagu Love You Like A Love Song ini mula menceburi dunia lakonan buat pertama kalinya menerusi program televisyen kanak-kanak, Barney and Friends.

Willow Smith
RM12.2 juta


Selain Jaden, Will dan Jada seharusnya berbangga kerana anak perempuan mereka, Willow turut dinobatkan dalam senarai jutawan muda dunia. Willow yang berusia 10 tahun mencapai kejayaan di kedudukan sekarang selepas mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian ketika berusia tujuh tahun. Pendapatan Willow dianggarkan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta).

Dakota Fanning
RM12.2 juta


Dakota Fanning dengan pendapatan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta) sama seperti Willow. Dakota yang kini berusia 18 tahun mula menceburi dunia glamor pada tahun 1999. Namun popularitinya cuma diraih sekitar tahun 2002 ketika dia terlibat dalam filem I am Sam diikuti dengan Man of Fire dan Charlotte’s Web.

Ella Fanning
RM4.5 juta


Berusia 13 tahun kini, Ella mengusung populariti ketika terbabit dalam filem Super 8. Selain berlakon, Ella juga menyanyi. Ella meraih pendapatan sehingga AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti terakhir dalam senarai jutawan muda dunia untuk tahun 2012.

-Utusan

Edited by SP

Gambar Pertandingan Best Night-Sky Yang Menakjubkan

Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai.

Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar, bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.Berikut antara foto-foto tersebut

Aurora Borealis

Aurora Borealis

Gambar cahaya menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurugambar, Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland.

Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera.

Gambar ini memenangi hadiah utama kategori Beauty of The Night Sky.

Swaying in the wind

Swaying in the wind

Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar Iran, Mehdi Momenzadeh memperlihatkan keindahan bintang-bintang Milky Way di langit Isfahan, Iran.

Gambar ini memenangi tempat kedua dalam kategori 'Against the Light.'

Bright skies

Bright skies Ben Canales

Gambar ini dirakam oleh jurugambar, Ben Canales yang memperlihatkan gugsan awan kuning di atas landkap Oregon.

Gambar ini memenangi tempat ke-5 kategori 'Against the Light.'

Magnificient

Magnificient

Gambar ini dirakam oleh jurugambar Grant Kaye yang memenangi tempat ke-5 kategori Beauty of the Night Sky.

Ia memperlihatkan lingkaran cahaya bintang di langit dan tasik makhluk asing yang dirakamkan di Tasik Mono, California.

Picturesque

Picturesque

Dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-3 kategori Beauty of the Night Sky.

Memperlihatkan jalur cahaya Milky Way yang melengkung di atas gunung berapi Piton de la Fournaise, Reunion Island.

Mountains and valleys

Mountains and valleys

Keindahan banjaran Alps di waktu malam ini dirakam oleh jurugambar, Thomas Kurat di Tasik Traunsee, Austria. Gambar ini memenangi tempat pertama kategori Against the Light.

The Great Wall at Night

The Great Wall at Night

Gambar ini dirakam oleh jurugambar Xiaohua, memperlihatkan bagaimana ruang angkasa boleh dilihat dari Tembok Besar China.

Lisbon Sky Lights

Lisbon Sky Lights

Gambar bertajuk 'Lisbon Sky Lights' ini dirakam oleh jurugambar, Miguel Claro dan memenangi tempat ke-3 kategori Against the Lights.

'Venus Above Reunion Island'

'Venus Above Reunion Island'

Gambar menakjubkan ini dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-4 kategori Against the Lights.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Supermoon Paling Menakjubkan Di Seluruh Dunia

sumber: billyinfo

Hamburger Yang Bernilai 15 Juta Dollar

Walaupun dolar dianggap antara mata wang tertinggi nilai unitnya apabila ia mula diperkenalkan pada tahun 1980 untuk menggantikan dolar Rhodesian pada nisbah 1:1 semasa kemelut politik dan inflasi.

Hamburger

Malangnya, ia telah menghakis nilai dolar Zimbabwe yang akhirnya menjadi salah satu unit mata wang yang paling tidak berguna di dunia.

Lebih mengejutkan, 100,000 peratus kadar inflasi di Zimbabwe, memaksa kerajaan untuk melepaskan nota 10,000,000 dolar bersamaan kurang daripada USD4.

Dan, hanya di Zimbabwe hamburger di kafe biasa boleh didapati dengan kos 15 juta dolar Zimbabwe.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Top 10 Tasik Paling Dalam Di Dunia

Info Top 10. Inilah senarai Top 10 tasik semulajadi yang paling dalam didunia.

Lake Baikal (Siberia)


Tasik Baikal juga dikenali sebagai "mata biru Siberia", terletak di selatan Siberia dekat sempadan Rusia-Mongolia. Terkenal sebagai tasik terdalam di dunia dengan kedalaman maksimum 1,642 meter (5,369 kaki). Tasik Baikal adalah tasik besar dengan eko-sistem besar di mana lebih daripada 1,700 spesies flora dan fauna yang hidup. Dua pertiga dari mereka hanya akan ditemui di sini. Sepenuhnya dikelilingi oleh pegunungan dan hutan tebal, tasik ini dianggarkan berusia 25-30 juta tahun, menjadikannya salah satu tasik paling kuno dalam sejarah geologi.

Tanganyika Lake (Congo)


Tasik Tanganyika adalah tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam, selepas Tasik Baikal di Siberia; juga tasik terpanjang di dunia. Tasik ini berada diantara empat negara - Burundi, Republik Demokratik Congo (DRC), Tanzania dan Zambia, dengan DRC (45%) dan Tanzania (41%).

Tasik Tanganyika adalah tasik air tawar terdalam di Afrika dan yang kedua di dunia dengan kedalaman maksimum 1,470 meter (4.823 kaki).

Caspian Sea (Azerbaijan, Iran, Kazakhstan, Russia, Turkmenistan)


Tasik ini terletak di antara daerah selatan Persekutuan Rusia dan Iran utara, terletak di daerah yang diselimuti air terbesar di Bumi. Tasik ini adalah tasik dengan air masin endorheic (salinitas sekitar 1,2%) yang tersekat di darat kerana pergeseran benua 5.5 juta tahun yang lalu. Tasik ini adalah tasik ketiga terdalam di dunia dengan kedalaman 1,025 meter (3,363 kaki).

Sangat kaya dengan fauna Kaspia, sejumlah besar sturgeon (sumber utama Kaviar), pelbagai spesies seperti salmon hanya boleh ditemui di daerah ini.

Laut Kaspia sangat kaya akan sumber daya tenaga seperti minyak dan simpanan gas, yang telah ditemui sejak abad ke-10. Ketika ini, minyak di tasik Kaspia dianggarkan bernilai lebih dari $ 12,000,000,000,000.

Tasik Vostok (Antartika)


Dari 140 tasik sub-glacial di bumi, Vostok adalah yang terbesar dan terdalam dengan kedalaman maksimum 1,000 meter (2,950 kaki). Di bawah Rusia Vostok Station, 13,000 kaki di bawah paras lapisan ais Pusat Antartika, tasik ini mungkin tasik yang paling mengagumkan di Bumi.

Suhu putrata air ialah -3°C dan alasan mengapa tasik ini masih cair di bawah titik beku adalah adanya pengaruh tekanan tinggi dari berat ais di atasnya.

Para saintis juga mendapati bahawa teras ais mungkin berumur 420,000 tahun, yang bererti bahawa tasik tersebut diselimuti ais selama lebih dari 500,000 tahun.

Tasik O'Higgins/San Martín (Argentina)


Tasik yang dikenali sebagai O'Higgins di Chile dan San Martín di Argentina, terletak di Patagonia, antara Aysén dan Santa Cruz.

Luas permukaannya adalah 1,058 km persegi dan 250 meter di atas permukaan laut dan sepanjang 525 km. Tasik tertinggi adalah di Amerika dengan kedalaman maksimum 836 meter berhampiran O'Higgins Glacier dan ciri-ciri warna biru susu pada tasik ini berasal dari bebatuan yang terdapat disitu.

Tasik Malawi (Afrika)


Tasik Malawi juga dikenali sebagai Tasik Nyasa di kebanyakan negara, atau Tasik Nyassa, Tasik Niassa, atau Lago Niassa di Mozambique. Tasik ini terletak di antara Malawi, Mozambique dan Tanzania. Tasik ini dikenali sebagai tasik yang mempunyai lebih banyak habitat dari pelbagai jenis ikan perairan tropika berbanding tasik lain di Bumi.

Tasik Malawi atau Tasik Nyaza mempunyai kedalaman 706 meter dengan luas permukaan tasik sekitar 29,600 kilometer persegi. Tasik ini terbentang dari pantai barat di Mozambique, Malawi timur dan Tanzania selatan. Tasik air tawar ini mengalir ke Sungai Shire, sebuah anak sungai yang mengalir ke Sungai Zambezi dan sangat besar. Tasik Malawi atau Nyaza sendiri dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 40,000 tahun.

Tasik Issyk Kul (Kyrgyzstan)


Tasik Issyk Kul meliputi kawasan seluas 6,236 kilometer persegi. Terletak di ketinggian 1,607 meter (5.272 kaki), dengan kedalaman 668 meter (2,192 kaki).

Sebanyak118 sungai yang mengalir ke tasik ini dan yang terbesar adalah Djyrgalan dan Tyup. Tasik yang airnya bersumber dari mata air ini ketika ini dikatakan tidak memiliki outlet, akan tetapi beberapa hydrologists berhipotesis bahawa di bawah tanah air tasik ini mengalir ke Sungai Chu.

Tasik Kawah Caldera (Oregon - USA)


Tasik kawah Kaldera adalah tasik yang terletak di daerah selatan-tengah negara Oregon. Tasik ini adalah ciri utama Taman Nasional Danau Kawah (Crater Lake National Park) dan terkenal dengan warna biru tua dan kejernihan airnya. Tasik yang terbentuk kira-kira 7700 tahun dahulu semasa runtuhan Gunung Mazama ini mempunyai kedalaman sekitar 2,148 kaki (655 meter). Tasik ini dikelilingi tebing dengan ketinggian sehingga dua ribu kaki dan dilengkapi dengan dua pulau kecil serta air biru yang menjadikan tasik ini sebagai tempat yang sempurna untuk para jurugambar.

Pada 12 Jun 1853, John Wesley Hillman dilaporkan sebagai orang Amerika Eropah pertama yang melihat tasik yang kemudiannya diberi nama "Deep Blue Lake" ini di Oregon. Tasik ini dinamakan sekurang-kurangnya tiga kali, sebagai Blue Lake, Lake Yang Mulia dan akhirnya Crater Lake (Tasik Kawah).

Tasik Great Slave (Kanada)


Great Slave Lake (Perancis: lac des Grand esclaves) adalah tasik kedua terbesar di Northwest Territories Kanada. Tasik tertinggi di Amerika Utara dengan kedalaman 614 meter (2014 ft) ini mempunyai kawasan seluas 27,200 km persegi. Bandar di sekitar tasik ini meliputi Yellowknife, Fort Providence, Hay River dan Fort Resolusi.

Tasik Matano (Sulawesi Selatan - Indonesia)


Tasik Matano adalah sebuah tasik di Sulawesi Selatan, tepatnya berada di hujung selatan Pulau Sulawesi di kota Sorowako, Kabupaten Luwu Timur. Tasik ini memiliki kedalaman sekitar 600 meter (1,969 kaki), 382 meter di atas permukaan laut. Danau Matano bukan terhasil dari pembentukan dari beberapa anak sungai, tetapi terbentuk dari ribuan mata air sehingga tidak pernah keringan dan airnya sangat jernih.

-SP

Sunday, December 30, 2012

BF Kena Tangkap Gara-gara Awek Bergambar Dengan Segumpal Duit

Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’. Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.


Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.

Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.

Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.


Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!

Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!

[Sumber]

Rangka Manusia Berusia 800 Tahun Di Temui

Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional.


Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico.

Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin.

Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap.

Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal.

Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu.

April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut.

-AFP

Komposer Di Indonesia Di Pandang Sebelah Mata

Peranan komposer dalam sesebuah lagu yang bagus masih dianggap sepi dan dipandang sebelah mata oleh masyarakat di Indonesia. Itulah cetusan hati dan rungutan yang diutarakan oleh tiga komposer yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Sentuhan idea, ritma, melodi dan harmoni pengkarya itu belum dianggap serius di mata umum.

Hasil jamming di studio Shafick (tengah) telah menghasilkan 
sebuah lagu baharu daripada tiga kepala.

Untuk melahirkan khalayak yang celik penghargaan, tiga komposer muda itu berpayung bawah nama 3 Composer dan meletakkan diri mereka di depan tabir. Mereka kini bergelar penyanyi.

Tengku Shafick, Bemby Noor dan Mario 'Kacang' menubuhkan 3 Composer untuk menunjukkan sisi lain tetapi masih mengangkat gubahan sendiri.

"Kami selalu berada di belakang layar. Kami ingin orang tahu, kami adalah salah satu punca yang membuatkan penyanyi jadi hits," ujar Mario tentang kemunculan mereka dengan single yang bertajuk Salah Benar.

Dengan penghasilan single tersebut, 3 Composer ingin memberikan kejutan menerusi lagu yang bergenre pop romantis. Buat mereka, inilah ruang yang dimahukan agar sedikit penghargaan dan keterbukaan dapat diberikan kepada petugas seni yang bernama komposer.

-Kosmo

Selebriti Malaysia Paling Kontroversi 2012

Sempena berakhirnya 2012, inilah senarai lima selebriti dengan kisah paling kontroversi sepanjang tahun.


Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila
dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Tidak terhenti setakat itu, bermula daripada insiden keluar rumah itu, Rita dan Aidil mula naik turun mahkamah berkaitan isu penjagaan anak, kembali taat, dan kini berkaitan dengan kes penceraian pula. Kes berkaitan rumah tangga mereka masih berjalan sehingga kini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.

Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Susulan daripada itu, Anzalna tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang dikatakan sering menghinanya serta cuba menjatuhkannya ketika berada di dalam pertandingan program realiti itu. Kenyataan berani Anzalna itu bagaimanapun membawa padah kerana Neelofa kemudian mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut Anzalna membuat kenyataan maaf dalam tempoh 7 hari.

Namun kes mereka dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Neelofa dan Anzalna kemudian berdamai selepas Anzalna mengeluarkan kenyataan maaf dalam sidang media yang dianjurkan Seniman.

Baru sahaja reda dengan kontroversi, nama Neelofa kembali menjadi perhatian apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak profesional oleh pereka fesyen, Nurita Harith, yang menyediakan bajunya untuk program.

Namun, kes itu diam begitu sahaja selepas kedua-duanya berdiam diri.

Artis dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada di antara selebriti tidak berniat untuk mencipta kontroversi, namun kerana status yang dikecapi, maka mereka tidak dapat lari dari menjadi perhatian bukan sahaja media, malahan peminat yang kini semakin peka dengan karier mereka.

Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.

Kisah cinta Rozita

Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.

Bila Zed Zaidi berkuasa

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.

-Sinarharian

Saintis Temui Planet Kembar Bumi

Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009.

-Space.com

Inflasi Paling Teruk Yang Pernah Melanda Jerman

Inflasi melanda Jerman tidak lama selepas Perang Dunia I dan Revolusi Jerman.


Mark, mata wang Jerman pada masa itu bersamaan 1 USD = 12,500 Marks dan pada September 1922
1US = 4,000,000,000,000 Marks dan pada 31 Disember tahun 1923 dan inilah masa yang paling buruk, USD1 sama dengan 80 bilion Mark!

Salah satu daripada firma yang mencetak nota ini telah mengemukakan invois untuk kerja-kerja kepada Reichsbank untuk 32,776,899,763,734,490,417.05 (3,28 × 1019, atau 33 trilion) Marks.

-SP

Gambar Kesabaran Burung Membina Rumahnya

“Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (An-Nur: 41)

“dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.” (Ash-Shad: 19)

”...dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung...” (Al-Anbiya: 79)


-Isuhangat