Friday, November 30, 2012

Lelaki Ini Sudah 'Berzina' Dengan 1000 Kereta!

Kita sering mendengar macam-macam kelainan seks, namun bagaimana jika ada yang mengaku pernah berhubungan seks dengan 1000 buah kereta.


Edward Smith, yang tinggal dengan “pasangannya sekarang” – sebuah Volkswagen Beetle putih bernama Vanilla, berkeras bahawa dia tidak “sakit” dan tidak memiliki keinginan untuk mengubah cara hidupnya.

“Saya menghargai keindahan dan saya lebih dari mengagumi keindahan kereta dan saya sedar itu adalah ekspresi cinta,” katanya.

“Mungkin saya aneh tetapi ketika saya melihat filem seperti Herbie dan Knight Rider, di mana kereta kelihatan sangat memikat, karakter yang dapat dipeluk itu sungguh luar biasa.

“Saya seorang yang romantik. Saya menulis puisi tentang kereta, saya bernyanyi untuk mereka dan berbicara dengan mereka sama seperti kekasih. Saya tahu apa yang ada di hati saya dan saya tidak mempunyai keinginan untuk berubah.”

Dia menambah lagi, “Saya tidak sakit dan saya tidak ingin melukai siapa pun, kereta hanya preferensi saya.”

Mr Smith, 57, pertama kali melakukan hubungan seks dengan kereta pada usia 15, dan dia mengatakan tidak pernah tertarik pada perempuan ataupun lelaki.

Bukan hanya dengan kereta namun “jenis” kenderaan lain. Dia mengatakan bahawa pengalaman seksual yang paling kuat adalah “bercinta” dengan helikopter TV Hit dari tahun 1980-an Airwolf.

Dia juga menghabiskan waktu secara teratur dengan kenderaan yang lain – sebuah 1973 GT Opal, bernama Cinnamon dan 1993 Ford Ranger Splash, bernama Ginger.

Sebelum Vanilla, dia memiliki hubungan lima tahun dengan Victoria, sebuah VW Beetle 1969 yang dia beli dari keluarga Saksi-Saksi Yehuwa.

Tapi dia mengakui bahawa kereta-kereta yang telah “dinodainya” kebanyakan milik orang asing atau kereta showroom.

Hubungan terakhirnya dengan seorang wanita 12 tahun yang lalu – dan dia tidak mampu membuatkan nafsunya puas, walaupun dia mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan wanita semasa zaman mudanya dulu.

Smith, dari Washington, menyimpan rahsia selama bertahun-tahun, tetapi setuju untuk diwawancara sebagai sebahagian dari rancangan dokumentari channel Lima “mechaphilia”.

Berbicara tentang bagaimana ghairah seks yang luarbiasa ini mula timbul, Smith mengatakan: “Ini adalah sesuatu yang semulajadi dan sebahagian dari diri saya ketika saya masih kecil dan sukar dijelaskan.

“Pada mulanya saya hanya mencintai kereta kecil, namun dorongan itu semakin kuat terutamanya ketika masa remaja.

“Ketika saya berumur 13 dan Corvette Stingray muncul, kereta itu sangat menarik dan saya benar-benar menginginkannya.

“Saya sendiri tidak menyedari diri saya sendiri, namun saya tidak menyakiti sesiapapun dan tidak berniat melakukannya.”

Dia menambah lagi: “Ada ketikanya ketika berada ditempat asing dan melihat kereta diparking, saya menjadi sangat ghairah untuk melakukan hubungan seks.

“Ada kereta tertentu yang menarik saya dan saya akan menunggu sampai waktu malam, merayap mendekati mereka dan hanya memeluk dan mencium mereka.

“Tentang wanita pula, mereka tidak pernah benar-benar tertarik kepada saya dan saya bukan gay..”

Smith sekarang ini merupakan sebahagian dari komuniti global lebih dari 500 “pecinta kereta” yang disatukan melalui forum-forum di internet.

-wwwsaja-saja.blogspot.com

Edited by Sentiasapanas.blogspot.com

Bandar Yang Terkenal Kerana Berbau Busuk

Bandar Cote-D'or, yang terletak di Perancis terkenal bukan kerana keindahannya tetapi kerana baunya.


Bandar yang terletak di selatan negara Perancis merupakan satu-satunya tempat yang membuat keju busuk di Perancis. Walaupun keju ini sangat busuk namun ia mempunyai rasa yang unik dan sedap.


Di sebabkan baunya yang terlalu busuk, keju ini tidak dibenarkan disimpan atau dibawa dalam kenderaan awam kerana baunya sukar untuk dihilangkan.

-Sentiasapanas.blogspot.com

Gadis Selamba Tayang Hadiah 'Sugar Daddy' Di Internet

Kerana duit, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja.

Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.


Gadis itu yang dikenali sebagai Sina Weibo dalam laman sosial telah menunjukkan hadiah yang diterima oleh sugar daddynya sempena hari lahir yang ke 21 tahun.

Sina telah menerima baju duit yang disusun seperti ‘dress’ dengan nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!
Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.

Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.

“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan!

Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.

Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.

-wwwsaja-saja.blogspot.com

Pelik! Di Afrika Air Kencing Unta Dijadikan Syampu

Info Pelik. Tahukah anda, orang-orang Badwi sejak zaman Mesir kuno lagi telah menggunakan air kencing unta sebagai syampu rambut.


Masyarakat ini percaya, rambut yang dibersihkan dengan air kencing unta akan nampak berkilat dan cantik.

Sebenarnya, masyarakat Badwi menggunakan air kencing unta sebagai pembersih rambut kerana di padang pasir, air agak susah untuk diperolehi bagi mengatasi masalah kutu putih yang menyerang kepala mereka.

Cara yang berkesan adalah menggunakan air kencing unta. Tradisi aneh ini masih boleh dilihat di kawasan utara benua Afrika.


-Sentiasapanas.com

Tahukah Anda Bom Atom Pertama Bernilai USD20 Billion!

Tahukah Anda? Amerika Syarikat membelanjakan sebanyak 20 bilion dollar hanya untuk membina bom berkuasa nuklear di dunia. Projek berkenaan telah dinamakan sebagai Manhattan Project. Ia diketuai oleh seorang ahli fizik yang bernama Profesor J. Robert Oppenheimer.


Sebenarnya, usaha untuk membangunkan bom nuklear berkuasa atom ini adalah misi kerjasama antara kerajaan Amerika Syarikat dengan Kanada dan United Kingdom.

Bom berkuasa nuklear ada dua jenis. Pertama dikenali sebagai Bom Atom dan kedua adalah Bom Hidrogen.

Ujian letupan Bom Atom

Di antara kedua-dua jenis bom ini, Bom Hidrogen yang paling hebat dan berkuasa tinggi hingga mampu memusnahkan sebuah kawasan yang berkeluasan 35 kilometer persegi.

Dalam satu ujian Bom Hidrogen di kepulauan Marshall pada 1 November 1952, kekuatannya telah melenyapkan pulau Elugelab dari peta dunia.

Bom Atom yang dijatuhkan di Hiroshima

-Sentiasapanas.com

Gambar! Bagaikan Fantasi Yang Wujud Dalam Kehidupan Sebenar

Info Unik Dunia. Gambar secara 'kebetulan' ini sangat memukau mata bagi sesiapa yang melihatnya. Mereka bagaikan anggapan sebenar objek yang hidup dalam fantasi.


-Sentiasapanas.blogspot.com

Bunga Yang Mekar Sekali Dalam Tempoh 3000 Tahun

Bunga bernama Udumbara Buddha, yang mekar setiap 3,000 tahun, ditemui di bawah mesin basuh di Gunung Lushan, Wilayah Jiangxi, China. Youtan Poluo atau bunga Udumbara, yang menurut legenda Buddha, hanya mekar setiap 3,000 tahun, mempunyai saiz sekita 1mm.

Bunga Yang Mekar Sekali Dalam Tempoh 3000 Tahun

Miao Wei, 50, sedang membersihkan ketika ia mencari kumpulan bunga-bunga putih di bawah mesin basuh.

Mula-mula ia berfikir benda yang berbentuk seperti batang itu hanyalah semacam telur cacing.

Namun, hari berikutnya ia mendapati bahawa di atas benda yang menyerupai batang itu tumbuh bunga-bunga putih dan sangat wangi.

Bangsa Jepun menyebut bunga ini dengan sebutan Udonge. Udonge dalam bahasa Bahasa Jepun (= E4 = BC = 98 = E6 = 98 = 99 = E5 = 8D = 8E) digunakan oleh Dogen Zenji untuk merujuk pada bunga pohon udumbara dalam kitab Sh = C5 = 8Db = C5 = 8Dgenz = C5 = 8D (“Perbendaharaan Mata Dharma Sejati”).

Dalam dua dekad terakhir, sebahagian orang di dunia ini telah mencari bunga yang diyakini sebagai bunga Udumbara.

Bunga ini pertama kali ditemui di Korea pada 1997. Kemudian muncul di China, Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Australia, Amerika, Indonesia.

Bunga ini boleh tumbuh pada logam, kaca, tanaman dan patung-patung Buddha.

Para ahli mempercayai bahawa bunga tersebut adalah spesimen ajaib bunga Youtan Poluo, atau disebut Udumbara atau Udambara (dalam bahasa Sanskrit) yang bererti bunga yang menguntungkan dari syurga.


BACA INI JUGA: Di Geletek Setiap Saat Untuk Terus Hidup

-Takmungkinbenar.com

“Guru Ketawa” India Bakal Bina “Universiti Ketawa”

“Guru Ketawa” India, Madan Kataria, yang berjaya mengajar beribu-ribu orang di seluruh dunia untuk ketawa demi mendapatkan kesihatan yang baik, membuat satu pengakuan yang tidak disangka-sangka.

Dia kurang mempunyai deria lucu.


“Tapi anda tidak begitu mememerlukannya untuk ketawa,” kata Kataria, pengasas “Yoga Ketawa”, satu pergerakan yang berjaya menarik minat di seluruh dunia termasuk selebriti Oprah Winfrey dan Goldie Hawn.

Kataria, yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan ajaran “ketawa tanpa sebab”, pernah dipanggil untuk mengajar pekerja ketika sesi aktiviti membina semangat berpasukan di syarikat gergasi antarabangsa seperti Hewlett-Packard dan pembuat kereta Volvo.

Kini, dia dalam proses menubuhkan “Universiti Ketawa” di bandar Bangalore di atas tanah yang didermakan oleh kontraktor binaan dan dana AS$250,000 (RM761,194) daripada seorang penderma tidak dikenali.

“Kami akan mula kerja pembinaan dalam masa tiga minggu dan menjelang 2013, ia akan beroperasi. Kami mahu menubuhkan ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa seluruh dunia,” katanya.

Kataria membayangkan mengadakan sesi ketawa dan persidangan di pusat itu dan menubuhkan sebuah unit perubatan alternatif untuk mengembangkan ilmu perubatan mengenai kesan ketawa yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Kajian menunjukkan ketawa menghasilkan bahan kimia otak endorfin yang menghasilkan rasa senang hati yang dikaitkan dengan rasa sejahtera.

“Ketawa adalah perkara paling sihat yang boleh anda buat.. ia ubat paling mujarab,” katanya.

-AFP

Wow! Lindsay Lohan Bertumbuk Di Kelab Malam

Aktres Lindsay Lohan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah kelab malam dan menumbuk seorang wanita, semalam.


Selebriti bermasalah itu berada di Club Avenue ketika dia dilaporkan berbalah dengan seorang wanita lain. Sumber polis berkata, wanita terbabit sebelum itu bergaduh dengan seorang lagi pengunjung kelab malam berkenaan.

“Hanya selepas itu wanita terbabit bergaduh pula dengan Lindsay,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa tumbukan Lindsay adalah wanita kulit putih berusia 28 tahun.

Katanya, akibat pergaduhan berkenaan, wanita itu mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badannya. Lindsay, 26, masih diletakkan di bawah pengawasan selepas mahkamah mendapati dia bersalah mencuri seutas rantai pada Julai 2011.

-DM

Stesen Minyak Rugi RM25,000 Selepas Di Samun

Sebuah stesen minyak di Sungai Besi, di sini, kerugian RM25,000 selepas disamun tiga lelaki, Isnin lalu.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 50 tahun bersama seorang rakannya sedang berbual di dalam bilik di premis berkenaan, tiba-tiba tiga lelaki tidak dikenali masuk mengacukan parang.

Menurut sumber, penjenayah mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga jika tidak mahu dicederakan.

“Kedua-dua mangsa yang ketakutan menyerahkan cincin, rantai, telefon bimbit dan wang tunai. “Kumpulan penjenayah itu masih tidak berpuas hati meminta mangsa membuka peti simpanan dan sekali lagi mengugut kedua-dua mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu kemudian membuka peti simpanan berisi wang tunai RM15,000.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

-Hmetro

Berpantang Maut Sebelum Ajal

“Saya tidak ingat apa yang berlaku sejurus peluru raifal itu menembusi perut. Saya hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidak sedarkan diri.


“Saya sangka ajal sudah sampai dan tak sangka masih hidup,” kata Abdul Mohamad Isme, 27, seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Israel sepanjang bedilan roket selama lapan hari bermula 14 November lalu.

Dia yang ditemui di Hospital Khan Younis, di sini, semalam berkata dia ditembak tentera Israel ketika sedang berada di ladang pokok Zaitun miliknya di Alkara pada 20 November lalu. Menurutnya, sekumpulan tentera Zionis tiba-tiba muncul sebelum mengacukan raifal dan senjata berat ke arahnya dari jarak dekat.

“Tanpa sebarang amaran, tentera terbabit terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah saya yang tidak bersenjata.

Abdul Mohamed berkata, dia hanya tersedar selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat perut hingga belakang tubuhnya yang ditembusi peluru.

“Saiz peluru digunakan amat luar biasa dan saya kini tidak mampu menggerakkan tubuh kecuali tangan,” katanya dalam keadaan menderita kesakitan.

Menurutnya, tindakan keji tentera Zionis itu bertujuan menakut-nakutkan golongan petani dan menghalau penduduk Gaza dari tanah ladang dimiliki selama ini.

“Tapi, jangan fikir saya akan mengalah. Tanah ini milik kami dan saya tetap akan kembali ke situ jika diizinkan Allah SWT sembuh kelak,” katanya.

Serangan menggila tentera Zionis selama lebih seminggu itu menyebabkan ratusan mangsa kini terlantar di katil hospital dan ramai juga yang mengalami kecacatan kekal.

Kebanyakannya membabitkan golongan kanak-kanak dan belia yang dirawat di Hospital Khan Younis dan Hospital Al Sifa’ di sini, akibat putus kaki atau lumpuh selepas terkena letupan roket dan tembakan senjata berat.

Seorang mangsa dirawat di Hospital Khan Younis, Abdul Malek Abu Syamil, 26, putus kaki kanan akibat ditembak roket disasarkan pesawat tanpa juruterbang dikenali sebagai Drone milik Zionis.

Dalam kejadian 17 November lalu, pesawat Drone yang terbang di ruang angkasa Gaza bertindak melepaskan roket ke arahnya yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

“Dalam sekelip mata ledakan kuat berlaku sebelum motosikal ditunggang berkecai. Saya turut terpelanting sebelum mendapati kaki kanan hancur dan putus.

“Malah tulang tangan dan kaki kiri saya turut patah remuk. Saya cuba bangkit namun gagal dan jatuh pengsan akibat terlalu sakit,” katanya.

Menurutnya, tindakan gila tentera Isreal menggunakan pesawat Drone untuk menyerang orang awam di Gaza adalah taktik pengecut dan tidak berperikemanusiaan.

-Hmetro

Cubaan Halang Kim Kardashian Ke Bahrain Gagal

Ahli Parlimen Bahrain gagal dalam usaha mereka mengusulkan resolusi bagi menyekat kedatangan bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kim Kardashian daripada mengunjungi negara itu.


Mereka menolak kedatangan Kardashian dengan menyifatkannya sebagai wanita yang mempunyai reputasi buruk.

Ahli Parlimen terbabit telah mengemukakan usul di Parlimen, Isnin lalu bagi menghalang kedatangan socialite berusia 32 tahun itu daripada menjejak kaki ke negara berkenaan.

Bagaimanapun usul itu tidak dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen.

Kardashian dijadual mengunjungi Bahrain pada 1 Disember ini bagi membuka kedai francise miliknya `Millions of Milkshakes’ .

Esok dia dijadual melawat Kuwait bagi pembukaan rasmi kedai tersebut di sana.

Dalam pada itu, dalam mesejnya yang dirakamkan dalam Youtube, Kardashian melahirkan kegembiraan terhadap kunjungannya ke negara Asia Barat ini.

“Ia merupakan lawatan pertama saya ke Kuwait, jadi saya tidak sabar untuk menyaksikan negara berkenaan dan bertemu peminat di The Avenues,’’., kata selebriti yang berketurunan Armenia itu.

-Mynewshub

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.–AP

Tentera Laut Iran Pamer 2 Kapal Selam Tercanggih

Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.


Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.

Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.

Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.

Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik.

–Agensi

Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga

Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia, semalam.

Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga

Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.

Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu.

–Reuters

Penyanyi Ezad Lazim dan Asliza Putus Tunang

Penyanyi Ezad Lazim mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, telah pun terlerai sejak seminggu yang lalu.


Ezad, 33, berkata, dia yang sepatutnya berkahwin pada Julai lalu tidak sangka percintaan yang terjalin selama empat tahun itu gagal bertahan sehingga ke jinjang pelamin, malah ia terputus seminggu sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke 33 tahun pada hari ini (Jumaat).

“Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

“Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu..,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ezad dan Azliza telah mengikat tali pertunangan mereka pada 1 Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan keretakan hubungan itu berpunca daripada pihak perempuan yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dengan perancangan perkahwinan mereka.

Tambah bekas vokalis kumpulan Exist itu, dia enggan menuduh sesiapa pun tentang permasalahan itu dan menganggap masing-masing mempunyai kesalahan sendiri sehingga ia telah menjejaskan perhubungan yang terjalin.

“Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

“Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezad turut mengakui yang dia sudah serik dalam menjalinkan perhubungan cinta, namun penyanyi itu hanya berserah kepada Tuhan tentang hal pengurusan jodohnya.

“Saya sebenarnya susah untuk menyukai seseorang dan apabila perkara begini berlaku, sukar untuk saya jelaskan apa yang terasa di hati.

“Sampaikan keluarga memberikan cadangan untuk membiarkan mereka mencarikan bakal isteri yang sesuai, tetapi saya tak nak. Serik rasanya. Biarlah, saya serahkan jodoh ini kepada Allah S.W.T.

“Dan saya ingin memberi fokus kembali terhadap karier saya selepas ini,” kata Ezad yang sedang sibuk dengan rakaman single lagu terbarunya.

–mStar Online

Masjid Khas Untuk Golongan Gay Di Perancis

Biadap dan kurang ajar. Itu perkataan yang layak diberikan kepada lelaki gay ini, iaitu Mohammed Ludovic Mohammed Zahed yang menghina Islam.


Dia yang berasal dari Algeria mencipta kontroversi dengan merancang untuk membuka sebuah masjid untuk golongan gay pada penghujung bulan ini.

Lebih buruk, masjid itu akan menjadi tempat pernikahan sesama jenis dan dalam masa sama wanita yang bersolat di masjid itu tidak perlu menutup aurat.

Mereka juga boleh bersembahyang di belakang lelaki tanpa perlu sebarang pengadang .

Bagi lelaki keji ini, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk membuang diskriminasi dan perbuatan kurang ajar itu dikatakan satu transformasi dalam Islam.

Lelaki gay ini telah berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Afrika Selatan dan dia mendakwa perkahwinan itu diiktiraf oleh imam di Perancis.

Namun kerajaan Perancis tidak mengiktiraf perkahwinan berkenaan yang dilakukan di negara asal `kekasihnya’ itu.

Lelaki yang terpesong ini memberitahu, masjid itu akan turut mengadakan sembahyang Jumaat, upacara angkat nikah golongan sesama jenis dan melaksanakan pengkebumian bagi golongan gay.

Ketika masjid ini menjadi masjid untuk gay pertama di Paris, dipercayai terdapat 21 masjid untuk golongan berkenaan di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.

Perkahwinan sesama jenis ini sendiri mendapat tentangan daripada penduduk Perancis.

10 hari lalu, satu protes telah diadakan melibatkan kira-kira 70,000 orang yang menentang negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

-Mynewshub

Gadis Mati Di Penggal Kerana Tolak Pinangan

Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.


Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

Malah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.

-Mynewshub

Gambar Premis Tiruan Ala-ala McDonald Serata Dunia

Ingat lagi pada tahun 2008 kisah McCurry yang disaman oleh McDonald kerana menggunakan jenama Mc?

Yang mana pada akhirnya dimenangi oleh McCurry (atas alasan McCurry merujuk kepada singkatan Malaysian Chicken Curry) dan menjadi popular seketika di seluruh dunia selepas itu.

Satu-satunya kes di dunia di mana McDonald kalah dalam penggunaan trademark restoran popular itu berbanding kes-kes lain di seluruh dunia.

Dan kerana begitu popular, restoran ala McDonald tumbuh bagaikan cendawan diseluruh dunia.

Berikut beberapa restoran lain yang cuba meniru konsep McDonald.