Wednesday, December 26, 2012

Williams Nyaris 'Bunuh' Van Persie Tarik Nafas Lega


Tonggak pertahanan Swansea, Ashley Williams terselamat daripada didenda Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung tindakan keterlaluannya terhadap penyerang Manchester United, Robin van Persie, Ahad lalu.

Insiden tegang membabitkan Ashley Williams (tiga dari kanan) dengan Robin van Persie 
(tiga dari kiri) hampir mencetuskan pergaduhan jika tidak dihalang pengadil dan pemain lain.

Dalam aksi Liga Perdana England yang berkesudahan seri 1-1 itu, Williams dilihat sengaja menyepak bola yang terkena kepala van Persie ketika penyerang antarabangsa Belanda tersebut sedang terbaring di atas padang.

Situasi itu jelas mengundang kemarahan pengurus United, Alex Ferguson yang mendakwa van Persie boleh terbunuh ekoran insiden itu.

Begitupun, FA England menegaskan, Williams tidak akan dikenakan sebarang tindakan ekoran insiden itu.

Pada masa sama, badan induk itu juga menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap kenyataan balas Ferguson.

Williams memberitahu, tindakannya ketika itu bukan sesuatu yang disengajakan.

"Saya hanya cuba mengeluarkan bola tetapi terkena kepala van Persie.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa dia marah-marah, bukannya saya sengaja bertindak sedemikian," kata Williams.

Pada masa sama, tindakan Williams juga dipertahankan bekas majikannya, Brendan Rodgers yang kini mengendalikan Liverpool.

"Bagi saya, isu itu sengaja digembar-gemburkan. Williams bukannya sengaja, jadi ia tidak sepatutnya diperbesarkan.

"Dia hanya mahu mengeluarkan bola sebelum rembatannya terkena kepala van Persie, itu sahaja.

"Saya mengenali Williams ketika mengendalikan Swansea sebelum ini. Dia pemain yang baik dan tidak gemar terlibat dalam mana- mana konfrontasi," kata Rodgers.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon