Thursday, December 06, 2012

Warga Nigeria Pintas Oprah Winfrey Wanita Kulit Hitam Terkaya


Oprah Winfrey kini bukan lagi wanita kulit hitam terkaya di dunia sebaliknya kedudukannya itu telah dirampas oleh seorang wanita dari Nigeria yang juga taikun minyak.


Menurut majalah Ventures Africa, Folorunsho Alakija, 61, dilaporkan mempunyai kekayaan sebanyak $3.2 bilion atau kira-kira $500 juta mengatasi harta Oprah yang bernilai $2.7 bilion.

Alakija merupakan pengasas dan pemilik syarikat Famfa Oil, iaitu sebuah syarikat yang memiliki 60 peratus dalam OML 127.
Syarikat itu mengeluarkan 200,000 tong minyak setiap hari dengan nilai dianggarkan $6.44 bilion.

Selain itu, Alakija yang juga seorang pereka fesyen, telah berkahwin dan mempunyai empat anak serta seorang cucu.

Beliau juga dilaporkan mempunyai hartanah bernilai $100 juta serta sebuah jet peribadi berharga $46 juta.

Jika dilihat daripada latar belakangnya, Alakija berasal daripada sebuah keluarga berada dan berhenti kerja di sebuah bank sebelum berpindah ke London pada 1970-an..

Di sana, wanita itu mempelajari bidang rekaan dan kembali semula ke Nigeria untuk melancarkan jenama rekaannya yang tersendiri `Supreme Stitches’ yang mensasarkan golongan wanita elit.

Ketika namanya terukir di bibir wanita kaya di Nigeria, Alakija telah memohon lesen daripada Oil Prospecting pada 1993, sekali gus membolehkannya meneroka minyak di kawasan yang ditetapkan.

Anak lelakinya, kini mengendalikan Famfa Oil manakala suaminya, Modupe Alakija dilantik sebagai pengerusi syarikat berkenaan.

Baru-baru ini, wanita itu dilaporkan membeli sebuah rumah di London pada harga $102 juta.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon