Thursday, December 06, 2012

Wanita Paling Tinggi di Dunia Meninggal


Dia merupakan wanita yang tertinggi di dunia, namun dia melalui kehidupan yang penuh tragik dan meninggal dunia pada usia 40 tahun.


Yao Defen,yang mempunyai ketinggian 7kaki 8 inci dan berat 200 kilogram itu menghembuskan nafasnya bulan lepas akibat tumor.

Wanita ini dilaporkan meninggal dunia pada pagi 13 November lalu, di bandar timur China.

Yao yang dilahirkan pada 1972, mengalami pertumbuhan yang berbeza berbanding individu normal lain akibat tumor dan ketika berusia 15 tahun, dia sudah mempunyai ketinggian lebih dua meter.

Penyakit yang dialami Yao itu hanya diketahuinya selepas dia pengsan ketika bermain bola keranjang dan selepas pemeriksaan dilakukan barulah Yao mengetahui dia mempunyai tumor.

Pada 2006, satu pembedahan telah dijalankan bagi membuang tumor berkenaan dan ia berjaya menghentikan pembesaran Yao.

Namun beberapa tahun kemudian, tumor itu tumbuh semula selepas dia gagal menjalani rawatan lanjut akibat kemiskinan keluarganya.

Menurut jirannya, mereka hanya mengetahui mengenai Yao selepas ibunya yang juga seorang ibu tunggal menjerit bahawa anak perempuannya sedang sakit.

“Kami berlari ke rumahnya dan mendapati Yao sedang berbaring di atas katil dan dalam keadaan tidak boleh bernafas.

“Doktor kemudian tiba dan selepas diperiksa, Yao sudah meninggal dunia,’’ kata jirannya itu.

Ibunya yang terlalu sedih dengan kematian anaknya itu telah jatuh pengsan beberapa kali.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon