Thursday, December 06, 2012

Wanita Arab Saudi Cari Calon Madu Untuk Suami Sendiri!


Cerita ini betul-betul menunjukkan seorang isteri cuba mendapatkan keredhaan Ilahi dan jaminan syurga dari suaminya.


Seorang wanita di negeri Arab Saudi rela dan membenarkan suaminya berkahwin lain dengan seorang gadis kerana dia tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada suaminya sendiri.

Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 40-an dengan usahanya sendiri mencari calon madunya dan memperkenalkan kepada suaminya.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut menghadiahkan sebuah kereta mewah semasa majlis perkahwinan itu berlangsung sebagai hadiah kejutan kepada suami dan madunya.

Majlis perkahwinan baru suaminya itu juga turut ditaja sepenuh oleh dirinya.

Di negara yang sama, seorang wanita Arab lain juga telah mencalonkan seorang pelajar perempuan sebagai isteri baru kepada suaminya.

Nampaknya, langkah mencari calon isteri baru kepada suami sendiri menjadi ikutan di negeri Arab Saudi.

Untunglah lelaki di sana. Tak gitu?

-Sochai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon