Thursday, December 06, 2012

Vincent Van Gogh Pelukis Terkenal Yang Hidup Miskin


Kebanyakan orang kenal siapa itu Vincent van Gogh. Walaupun terkenal sebagai seorang pelukis ternama sepertimana karya-karya terunggulriya iaitu 'The Starry Night' ataupun 'Sunflowers', narnun satu fakta yang tak dapat dielakkan ialah kenyataan bahawa sepanjang hidupnya, dia hanya berjaya menjual satu sahaja daripada kesemua lukisan yang dihasilkannya.


Malahan beliau dikatakan memang mempunyai masalah kewangan dan kebanyakan karya yang dihasilkannya adalah dihasilkan di rumah orang gila.

Dia dikatakan menghidap masalah ketidaktentuan bipolar dan sering dihantui masalah seperti seringkali menghidapi tekanan melampau, kerisauan, paranoid selain turut berhalusinasi.

Malahan dalam satu pergaduhan dengan pelukis dari Perancis iaitu Paul Gauguin pada tahun 1888, dia telah memotong telinga kirinya sendiri dan mernberikannya kepada seorang pelacur.

Pada 27 Julai tahun 1890 pula, dia cuba membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di bahagian dada namun terselamat. Walaupun tidak mati serta merta namun dia meninggal dunia dua hari kemudiannya akibat luka yang terhasil daripada tembakan tersebut.

Namun yang peliknya, dikatakan tiada penemuan pistol langsung bersama-samanya. Dia mati dalam keadaan daif dan segala kerja seninya mula dihargai hanya selepas dia meninggal dunia.


-Sentiasapanas.blogspot.com

1 comment

  1. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace,
    when i read this post i thought i could also make comment due
    to this brilliant article.
    Here is my webpage ... FinderHostel.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon