Thursday, December 13, 2012

Tiada Guna Lawat GAZA Kalau Sokong UMNO - Abby Abadi


Kita semua tahu artis-artis seperti Afdlin Shauki, Zain Saidin, Bront Palarae, Heliza Helmi, Chef Wan dan ramai lagi sedang berada di Gaza untuk memberikan sokongan moral dan menghulurkan bantuan kepada saudara Islam di sana.


Kiranya, mereka sebelum ini berusaha dalam mencari dana untuk disumbangkan kepada negara yang sering dilanda kekejaman Israel.

Artis wanita seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Salima AF, Faizal Tahir dan ramai lagi sebelum ini juga telah berusaha mengumpulkan sumbangan berbentuk wang untuk rakyat-rakyat Palestin.

Tetapi entah kenapa pelakon dan sekarang aktivis politik, Abby Abadi seolah-olah macam mempersoalkan pula niat mereka ini.

Lihatlah saja apa yang dia tulis dalam laman twitternya.


Malah Abby sebelum ini juga pernah mempersoalkan ke Gaza kalau masih menyokong UMNO.


Begini sajalah, Abby mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan sebarang pendapat tentang sesetengah perkara.

Namun rasanya tidak eloklah mengaitkan pemergian artis Malaysia, atau sesiapa saja, ke Gaza dengan politik.

Afdlin, sebagai contoh, memang dia ahli UMNO tetapi takdelah sampai dia membawa ideologi dia tu ke Gaza.

Takdelah Afdlin tu berceramah sana sini supaya orang Gaza doakan kemenangan UMNO, sekeping bendera UMNO pun dia tak bawa!

Kita faham kalau Abby tak pergi ke Gaza kerana mungkin dia ada urusan yang lebih penting di sini tapi tak payahlah kot berfikir negatif kalau orang atau artis yang lain pergi ke sana.

Buangkanlah perasaan negatif yang bersarang di minda hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik kerana akhirnya kita semua sebangsa dan seagama juga.

Begini sajalah, Abby boleh terus berjuang dalam Pas, dan artis lain pun boleh berjuang mengikut pemahaman mereka masing-masing.

Siapalah kita untuk mempersoalkan niat orang.

Kalau betul mereka ini ke Gaza dengan niat yang ikhlas, tak pasal-pasal pula kita berdosa kerana berfikir sebaliknya.


Ingat, satu jari kita hala ke orang lain, empat jari lagi sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, HALA PADA DIRI KITA SENDIRI!

Wallahualam.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon