Friday, December 07, 2012

Suami Bunuh Isteri Depan Anak Di Gantung


Seorang lelaki Oklahoma digantung sampai mati atas kesalahan membunuh suami isteri di depan anak mereka, membawa kepada bilangan banduan yang digantung sampai mati kepada 41 orang tahun ini, kata pegawai tempatan.


George Ochoa, 38, diisytiharkan mati pada jam 6.07 pagi selepas menerima suntikan dadah. Sebelum itu, dia sudah mengemukakan pelbagai rayuan di mahkamah persekutuan dan Oklahoma.

Lelaki Latin itu dijatuhi hukuman mati selepas membunuh Francisco Morales, 38, dan isterinya, Maria Yanez, 35 pada 1993.

Morales ditembak 12 kali dan Yanez 11 kali semasa berada di atas katil di kediaman mereka, menurut pendakwa.

Terdahulu, polis menahan Ochoa dan rakan sejenayah rakyat Mexico, Osbaldo Torres, sejurus selepas pembunuhan di lokasi kejadian. Sementara itu, hukuman Torres kini dikurangkan dengan menjalani hukuman hidup tanpa parol.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon