Thursday, December 27, 2012

Shanghai Shenhua 'Enggan' Bayar Gaji Nicolas Anelka


Jika benar Frank Lampard ingin berpindah dari Chelsea ke China, dia perlu memikirkan dulu pengalaman dilalui bekas rakan sepasukan, Nicolas Anelka dan Didier Drogba.


Masalah bayaran gaji, masalah luar padang serta perbezaan budaya menyebabkan ramai bintang asing yang menyertai Liga Super China mahu keluar, ada kalanya berlaku selepas beberapa bulan tiba kerana gagal menyesuaikan diri.

Bekas penyerang Perancis, Anelka muncul pemain ternama dunia pertama ke China apabila disambar Shanghai Shenhua dengan bayaran 175,000 Yuan (RM865,308) seminggu, 10 bulan lalu.

Kemudian Drogba menyertainya dengan bayaran lumayan mencecah 200,000 Yuan (RM988,899) seminggu.

Bagaimanapun Anelka, 33, mula berasa tidak selesa dan berbincang dengan kelab terbabit untuk keluar dan tindakannya itu juga dikatakan akan diikuti Drogba.

Akhbar Sukan Oriental melaporkan, Drogba belum menerima gaji bulan ini disebabkan masalah di kalangan ahli lembaga pengarah manakala Shenhua memberitahu AFP ahli lembaga pengarah kini berbincang untuk membatalkan baki kontrak pemain itu.

Drogba setidak-tidaknya mencatat kejayaan di padang dengan menjaringkan lapan gol dalam 11 perlawanan untuk kelab itu menamatkan musim terkini di kedudukan kesembilan daripada 16 pasukan. Anelka pula sekadar menjaringkan tiga gol sepanjang musim.

Situasi berbeza dihadapi Anelka yang tidak mendapat sokongan padu peminat sepanjang kerjayanya di China sejak tiba pada Februari. Ketika itu dia mendakwa berpindah ke China bukan kerana wang.

Punca sebenar akan didedahkan tidak lama lagi. Ketua jurulatih Shenhua, Jean Tigana yang juga bekas pengurus Fulham dipecat berikutan pemberontakan pemain selepas hanya lima perlawanan.

Anelka yang pendiam dan malu berdepan media digelar ‘Le Sulk’ di England mungkin masih terkejut selepas diberi peluang menggantikan Tigana.

Seminggu kemudian, Anelka menjadi tajuk utama akhbar apabila mengugut untuk meninggalkan Shenhua selepas pemilik kelab hanya memberinya peluang memimpin satu perlawanan selepas bekas pemain kebangsaan Perancis itu diarah supaya menyerahkan tugas kepada bekas jurulatih Argentina, Sergio Batista.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon