Friday, December 28, 2012

Senarai Kamera Digital Terbaik 2012


Masalah memilih dan membeli kamera digital tidaklah mudah, dengan ratusan model yang dijual diluar sana setiap masa. Anda juga perlu mengetahui jenis kamera yang tepat untuk anda.

Di sini adalah beberapa senarai yang boleh membantu anda untuk memilih kamera yang sesuai untuk anda.

Inilah kamera digital terbaik 2012.

Nikon Coolpix P310


P310 memiliki zoom 4.2x optik dengan julat fokus 24-100mm, bukaan maksimum dan fungsi anjakan kanta kepada Pengurangan Getaran. Ia turut menawarkan julat sensitiviti 160 kepada 6400 degan paparan skrin LCD 3 inci 920,000-dot.

Samsung WB850F


Mampu merakamkan video HD 1080p 30fps dengan sensor 16 megapiksel pengimejan CMOS, ia turut memiliki sambungan Wi-Fi dan GPS dengan zum sehingga 21x.

Canon G1 X


Kebolehannya dilihat lebih kepada sensor CMOS 14.3MP yang meningkatkan kualiti imej pada sensitiviti tinggi dan meningkatkan pelbagai dinamik. Selain itu, LCD skrinnya juga boleh dpusingkan.

Fujifilm X-Pro 1


X-Pro 1 menggunakan enjin baru, EXR Processor Pro untuk hasil berkualiti tinggi ketika kurang pencahayaan. Selain itu, ia turut memiliki sensor 16 megapiksel X-Trans, CMOS saiz APS-C.

Kodak EasyShare M750


Dibekalkan dengan Wi-Fi, ia mampu memuat naik foto/video ke Facebook atau YouTube berpasangan dengan telefon pintar. Turut memiliki sensor 16 megapiksel CCD dengan 5x zum optik.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon